SETELAH lama menyepi daripada bidang seni suara yang ditinggalkan menyusuli dirinya berumah tangga sekitar tahun 1980, Datin Seri Rina Rahman, akan muncul semula bagi mengubati rindu peminatnya di Singapura.
Namun, mikrofon tidak lagi digenggamnya bagi berkongsi suara lemak merdunya dalam dendangan lagu popular seperti Ku Ingin Bahagia dan Ku Tak Percaya.