Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Sajak Dongeng Perang (Mainan Main-Main)

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sajak Dongeng Perang (Mainan Main-Main)

Mar 18, 2018 | 05:30 AM

Perang itu bukan mainan main-main
yang mati boleh hidup kembali
dengan rohnya ditiupkan semula
untuk mencuba nasib berkali-kali
dengan harapan nasib malang tidak berulang lagi
tatkala yang cedera pula hanya berpura-pura
berlakon diri ditembusi peluru-peluru liar
ditimpa pula timbunan bom-bom terbiar
kemudian bangkit semula dengan penuh tenaga
seakan-akan tiada sedikit pun ada luka calar
manakala yang musnah berkecai-sepai dalam medan
bertingkat-tingkat timbunan bertaburan menimpa bumi
dan segala yang ada di bawahnya
dibina semula dicantum-cantum
semacam permainan batu-bata Lego

perang itu bukan pertandingan
yang menang mendapat piala
mencurah-curah ucapan tahniah
diberi kata-kata perangsang pada yang kalah
dengan kalimat bermadah penuh berbunga
lain kali cuba lagi, berjaya tentunya
namun dalam realiti perang itu bencana
yang menang mendapat abu
tatkala yang kalah menjadi debu

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3