SELEPAS sekitar setahun membuka restorannya, Cik Jvynn Zheng Xiao Ting berjaya menerima sijil halal bagi tempat makan milik bersama suaminya, Encik Frederick Yeo Jing Yuan.
Pengalaman membesar dalam suasana Singapura yang berbilang kaum dan agama, jelas menjadi sebab utama di sebalik keputusan mereka menubuhkan sebuah restoran halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang dinamakan The Lazy Garden.