Sambutan Hari Raya Aidilfitri kian berubah apabila adik-beradik pelakon yang dipaparkan dalam ruangan ini meningkat dewasa. Ikuti kisah Lebaran mereka seperti yang dilaporkan NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg).
HAMPIR setiap tahun, salah seorang daripada empat beradik ini - Muhd Hafiz Muhd Nasir, 28 tahun; Muhd Hasif, 24 tahun; Nur Habriyah, 20 tahun; dan Muhd Hariz, 15 tahun - tampil dalam rancangan Hari Raya kanak-kanak.