HONGKONG dan Singapura - dua pesaing hab kewangan Asia - telah memulakan kembali perbahasan mengenai saham dwikelas sedang persaingan global untuk tawaran awam awal (IPO) paling 'hangat' semakin memuncak.
Menurut agensi berita, Singapura kini mendahuluinya apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi 'lampu hijau' kepada saham dwikelas dan langkah-langkah lain yang disarankan oleh sebuah panel untuk mendorong pertumbuhan ekonomi.