Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Siswa perhubungan SIM jadi 'wakil' PBB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siswa perhubungan SIM jadi 'wakil' PBB

Jun 26, 2018 | 05:30 AM



SEBELUM ini, Cik Zuha Hameed Musthafa kurang berminat mengetahui isu sejagat yang menjejas dunia mahupun negara dunia ketiga khususnya.



Kecenderungan mahasiswa jurusan perhubungan daripada kampus SIM Global Education-Universiti Buffalo itu lebih kepada kegiatan sukan lasak seperti bola sepak dan bot naga.



Namun, setelah menyertai Persatuan Ehwal Antarabangsa di Institut Pengurusan Singapura (SIM), minatnya terhadap isu dunia bertambah.



Malah, beliau teruja mewakili SIM Global Education bagi Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Model Harvard di Boston, Amerika Syarikat, Februari lalu.



Tanpa meletakkan sebarang jangkaan tinggi, Cik Zuha, 22 tahun, memerah otak melalui pelbagai ujian penulisan, pidato dan wawancara perseorangan serta berkumpulan.



Tanpa diduga, beliau bukan sahaja dipilih bagi persidangan itu, malah mengetuai rombongan pelajar seramai 11 orang.



Secara keseluruhannya, sebanyak 300 siswa menghadiri sesi pemilihan peserta sidang itu.



"Setiap minggu, saya dan jawatankuasa saya perlu ketengahkan kertas kerja yang mengupas beberapa topik - daripada proses pembaharuan operasi keamanan PBB kepada penggunaan media sosial bagi menyebar propaganda politik.



"Kami juga berurusan dengan peserta negara lain seperti Guatemala dan Belanda menerusi perbincangan dalam kumpulan Facebook sebelum sidang diadakan," ceritanya dalam wawancara di pejabat Berita Harian.



Cik Zuha akur pada mulanya beliau menggeruni kelantangan suara peserta dari luar negara yang berpengalaman bersidang di peringkat antarabangsa.



"Namun, saya belajar banyak tentang erti diplomasi dan kepekaan daripada mereka meskipun kadangkala tertekan kerana diletakkan dalam keadaan perlu berbincang tentang isu serius dunia," ujarnya.



Beliau dan rakannya membayangkan diri mereka ialah wakil Croatia dalam Jawatankuasa Khas Politik dan Penyahjajahan.



Antara yang dibahaskan ialah keadaan di Sudan Selatan, negara termuda dunia, yang diuji isu kadar anggota masyarakat celik huruf yang rendah.



Rakan sekursusnya di SIM Global Education-Universiti Buffalo, Cik Nur Haziqah Mohd Zain, 23 tahun, yang juga peserta sidang, berkata:



"Menerusi sidang ini, saya belajar tidak gentar bersuara hanya kerana anda kurang yakin atau tidak selesa dengan apa yang ingin dibentangkan. Seisi keluarga saya gemar membincangkan isu dunia di meja makan.



"Pengalaman di Boston ini membantu saya memahami mengapa dan bagaimana tindakan politik menjejas masyarakat dan dasar negara. Saya juga teruja meneroka hal ehwal semasa Iraq, Palestin dan Amerika Syarikat."



Beliau mewakili Croatia di bawah Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Kebudayaan bagi mencari huraian penggunan bahasa kaum minoriti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >