Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Stres dan nikmat di ambang konsert akhir Gegar Vaganza 4

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Stres dan nikmat di ambang konsert akhir Gegar Vaganza 4

HARYANI ISMAIL dari Johor Baru 

Dec 17, 2017 | 02:40 PM



Dari Johor Baru: APABILA namanya disebut-sebut sebagai juara peraduan realiti Gegar Vaganza 4 (GV4), penyanyi bersuara merdu, Liza Hanim, akur dirinya rasa sedikit tertekan dan menyerahkan segalanya pada rezeki.


Sebagaimana jelasnya yang ditemui Berita Harian di sesi makan tengah hari dan bertemu peminat Singapura di Hotel KSL City, Johor Bahru, semalam:


"Saya aminkan dahulu setiap doa peminat. Namun, saya akui rasa stres juga apabila disebut-sebut bakal menjuarai peraduan GV musim ini.  Bagi saya, kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada, saya reda.


"Kita belum lagi mula bertanding di peringkat akhir, orang dah cakap dan letakkan jangkaan. Ia amanah berat sebenarnya. Saya dan rakan lain akan buat yang terbaik. Semuanya terletak pada penilaian pengadil.


"Sebenarnya, semua pun dah tertulis, sama ada kita menang atau kalah. Jadi, seberapa boleh persiapan di saat akhir ini lebih pada menenangkan diri dan mengawal tekanan. Kita relaks dan 'chill'! Banyak istighfar."


Acara anjuran bersama Singtel TV dan saluran Astro itu dikhususkan buat pelanggan Singtel TV yang menyertai kuiz Fuyohh! Jom di laman Singtel mahupun menerusi Facebook Berita Harian Singapura.


Mengenai kekerapan diberi lagu rok, Liza, 38 tahun, yang bakal mendendangkan lagu Search, Meniti Titian Usang, di Konsert Akhir GV4 di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, malam ini, pula menambah:


"Saya membesar dalam zaman lagu rok menjadi satu fenomena. Saya ingat lagi diri saya dikunci dari luar rumah kerana balik lambat gara-gara menonton konsert Wings pada masa itu. Tak tahulah mengapa saya diberi lagu rok. Kena tanya Datuk Ramli MS dan pihak penerbitan GV4.


"Sebagai peserta, apa jua cabaran kita sahut walaupun jiwa saya sebenarnya lebih condong pada lagu balada."


GEMENTAR NYANYI LAGU INGGERIS


Mantan vokalis kumpulan Kristal, Lan yang nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32 tahun, pula menyifatkan tugasan bagi konsert akhir iaitu menyanyikan lagu Inggeris dari kumpulan Nirvana, Smells Like Teen Spirit, sebagai cabaran terbesar, sejauh ini.


"Saya tidak pernah diberi lagu Inggeris. Kata pihak penerbitan dan pengadil, tak apalah. Cuba! Kalau keluar bahasa Kelantan pun tak apa! Sebab dalam GV4 ini, kami didedahkan pada pelbagai genre muzik.


"Saya perlu bekerja keras dan banyak menghafal lirik dalam bahasa Inggeris. GV4 ini pemacu semangat saya," katanya.


Dua minggu lalu pula, Lan yang kini bergiat secara solo, diuji dengan penyakit buasir yang membuatnya terbaring selama enam hari sehingga terjejas masa latihan.


"Dah tak boleh nak buat apa. Penyakit buasir itu memerah seluruh tenaga saya. Saya buat sedaya yang termampu. Alhamdulillah, dapat juga mara ke konsert akhir," ujarnya.


GV KEMBALIKAN INGATAN RAMAI PADA JINBARA


Finalis 'underdog', Tia Jinbara, 46 tahun, yang nama asalnya, Syamsul Bakhtiar Zakaria, pula menganggap penyertaan ke GV4 sebagai membawa rezeki buatnya.


"Semakin hari, nama kumpulan Jinbara semakin dilupakan. Orang pula lebih mengingati Jinbara sebagai sebuah kumpulan. Mereka tak begitu tahu individu dalam Jinbara.


"Alhamdulillah, dengan adanya program GV4 ini, penonton kembali mengingati Jinbara dan mengenali saya," katanya yang akan menyanyikan lagu kumpulan Mojo, Roman Cinta malam ini.


Tia mendedahkan dengan usia yang hampir mencecah 50 tahun, beliau juga perlu menjaga kesihatan khususnya waktu tidur.


"Semasa minggu kedua bertanding, saya yang memang berpenyakit semput nyaris-nyaris pengsan di pentas. Memang sekarang ni, usia dah semakin meningkat. Kalau tak jaga kesihatan dan kurang tidur, suara pun tak keluar," tambahnya yang menganggap setiap minggu bukan sebagai medan pertandingan tetapi sebagai wadah beliau menghiburkan pengikutnya.


PESERTA GV PERLU KUAT SEMANGAT


Antara peserta kegemaran ramai, Hazami yang nama sebenarnya, Norkamal Hazami Ahmad, 42 tahun, pula akur perlu menyesuaikan diri dengan bermacam ujian GV yang bukan calang-calang.


"Semua minggu pertandingan ada cabaran tersendiri. Ada lagu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Kami hanya diberi masa seminggu bagi menghafal lagu. Susunan lagu pula dibuat dalam masa beberapa hari.


"Maka, nak masuk GV ni kena kuat semangat. Kita dapat banyak ilmu dan kita perlu buat bermacam pilihan. Kalau nada suara ini tak boleh, kena cuba nada lain. Kalau demam, perlu pandai sesuaikan nada dan dapatkan nasihat doktor tentang ubat yang diberi," kongsinya.


Walau apa pun, beliau yang diberi lagu Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku, rasa beruntung bertanding dalam kalangan barisan penyanyi handalan di peringkat akhir, malam ini.


"Kak Aishah dan Liza adalah idola saya. Begitu juga dengan Firman dan Abang Tia. Lan pula sahabat yang dah dianggap seperti adik saya sendiri. Nak kata stres, tak juga. Saya seronok.


"Lagi pun, apabila berkongsi pentas dengan legenda sehebat Kak Aishah, saya rasa bersyukur. Beliau tak sombong dan gemar memberi nasihat. Dari dulu sampai sekarang, malah ketika saya sakit, Kak Aishah rajin mengutus pesanan bertanya khabar. Beliau juga hubungi saya.


"Bertemu dengannya semula dan berada di pentas yang sama adalah nikmat buat saya," katanya lagi.


Nota: Konsert akhir GV4 boleh disaksikan mulai 9 malam di Astro Ria, Saluran 608, Singtel TV, malam ini. Kunjungan penulis dan juruvideo ke Johor Bahru ditaja Singtel TV.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >