WALAUPUN lagu Terakhir semakin popular dan meluaskan rezeki penyanyi Sufian Suhaimi dalam bidang seni, beliau masih tetap mementingkan pelajaran dan bersemangat menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang komunikasi massa yang hanya tinggal dua semester.
Penyanyi dari Malaysia itu juga masih tetap dengan cita-citanya mahu menjadi pensyarah.