Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Syafiq, Sarah diramal juarai peraduan realiti 'Big Stage'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syafiq, Sarah diramal juarai peraduan realiti 'Big Stage'

Sep 23, 2018 | 05:37 PM



USIA muda belia dan kurangnya pengalaman dua penyanyi Malaysia, Syafiq Farhain dan Sarah Suhairi, bukanlah halangan bagi mereka menguasai pentas gah Big Stage malam ini.


Syafiq, 24 tahun, dan Sarah, 18 tahun, malah diramalkan ramai akan menjuarai peraduan realiti yang akan melabuhkan tirainya selepas perjuangan sengit selama lapan minggu, malam nanti (23 September).


Ini adalah kerana konsistensi persembahan mereka saban minggu dan pujian yang diberi pengadil tetap Big Stage, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.


Antara yang menjangkakan kemenangan salah seorang daripada mereka di takhta juara adalah rakan seperjuangan yang telah tersingkir daripada peraduan tersebut lebih awal sebelum ini.


Big Stage yang merupakan peraduan baru buat bakat muda yang popular di media sosial bahkan digelar 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) dianjurkan saluran Astro Ria sebagai satu percubaan  memperkasa daya hiburan mereka di pentas lebih gah.


Selain Syafiq dan Sarah, tiga lagi finalis merupakan penyanyi dangdut, Baby Shima, yang sudah mencipta nama di Indonesia menyusuli peraduan D'Academy Asia 3; penyanyi berwajah comel, Shafieq Shazwan dan penyanyi wanita dengan vokal bertenaga, Wani Kayrie. 


Juara Big Stage berpeluang meraih wang tunai RM100,000 ($33,038) di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam. Penaja utama konsert ini adalah jenama telefon bimbit Vivo.


Sarah yang sebelum ini tidak dikenali ramai berbanding peserta lain mempunyai 253,000 pengikut Instagram.



Selain disifatkan sebagai peserta paling selesa apabila berada di pentas besar, Sarah juga dilihat mempunyai daya humor dan keselambaan seorang remaja yang rendah hati tetapi bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang diusahakannya. Beliau mampu menyanyikan lagu dansa rap Korea dengan baik sehingga mendapat pujian penggemar muzik negara itu sendiri.


Syafiq yang merupakan anak vokalis legenda Iklim, Saleem, pula merupakan pegawai bomba sepenuh masa yang membuatkan Siti Nurhaliza begitu terkesima sehingga melahirkan hasrat ingin merakam duet bersamanya.



Syafiq punya gaya tersendiri malah berupaya keluar dari zon selesanya menyanyikan lagu rok atau balada dengan mencuba irama tradisional dan dangdut. Persembahan duet 'battle' bersama Baby Shima dalam lagu Raja Drama pula membuatkan penonton memberi mereka berdua tepukan sanjungan sambil berdiri di tempat duduk masing-masing.


Apabila ditanyakan tentang ramalannya siapakah yang bakal bergelar juara, peserta Big Stage yang berpotensi tetapi awal-awal lagi tersingkir, Andi Bernadee, berkata:



"Pilihan saya adalah Syafiq atau Sarah."


Tajul juga memilih Syafiq sebagai bakal juara manakala Fara Hezel, peserta pertama yang tersingkir, meramalkan Sarah akan menggegarkan pentas malam ini dengan daya tarikan serta aura juaranya.


Dua sahabat baik yang digosipkan bercinta, Sissy Imann dan Ariff Bahran, juga sepakat memilih Syafiq Farhain.


Sementara itu, apabila ditanya tentang manfaat Big Stage buatnya, Andi yang hadir di sesi bertemu rombongan Fuyohh! Jom! dari Singapura yang ditaja syarikat telekomunikasi Singtel, berkata:


"Saya belajar tentang cara menguasai pentas dengan daya menghibur. Saya juga bertuah dapat menyertai kelas vokal serta meraih pengalaman membuat persembahan secara langsung di samping memantau reaksi aktif golongan 'netizen' di media sosial."


Selain Andi, Ariff, Sissy dan Fara juga hadir di pertemuan yang berlangsung di Hotel Grand Millenium semalam.


Fara pula berkata meskipun beliau adalah peserta pertama yang tersingkir, Big Stage membuka peluang buatnya menampilkan bakat yang sebelum ini tersimpan daripada pengetahuan ramai.


Sissy yang awalnya disebut-sebut sebagai bakal juara kerana kemahiran dalam bidang vokal, muzik dan ciptaan lagu pula berkata:



"Saya bersyukur dapat belajar daripada guru vokal sehebat Ernie Zakri. Selain garap kemahiran menyanyi di pentas besar, saya juga meneroka dan mampu mencabar kemampuang dalam penyusunan lagu."

Nota: Kunjungan wartawan ke Kuala Lumpur ditaja Singtel

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >