LANGKAH menampilkan bakat penduduk telah menjadi asas bagi sambutan pelancaran Bulan Bahasa di Nee Soon.
Malah, tahun ini juga tidak terkecuali dan pengunjung yang menghadiri sambutan itu hari ini berpeluang mengenali dengan lebih rapat lagi bakat yang ada di kawasan Nee Soon melalui persembahan yang dibawa khas oleh penduduk di situ.