GITAR elektronik menyelamatkan Encik Muhammad Sanoccima Shaiful Bahari daripada terjebak dalam kegiatan kurang sihat dan kenakalan samseng remaja di kejiranannya.
Inilah yang diyakininya mengenang titik awal dirinya jatuh cinta pada bidang muzik khususnya irama petikan gitar kontemporari yang mengasyikkan.