Tiga beradik kembara seni tinjau nostalgia kanak-kanak
Kenangan zaman kanak-kanak pastinya mengusik jiwa setiap insan dengan cebisan peristiwa berbekas di hati. Apakah yang disajikan sekumpulan seniman muda apabila mereka diberi bilik kosong persis dalam sebuah unit flat untuk dihiasi dalam pameran unik, Coming Home Project, di Kovan Hub? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Jun 28, 2016 | 05:30 AM
CINTA terhadap seni menebal dalam jiwa tiga beradik, Encik Muhammad Zaki Abdul Razak, Encik Muhammad Razi dan Encik Muhammad Syahid.
Bagaimanapun, mereka sering tidak berkesempatan mahupun terdorong mengadakan pameran secara bersama kerana komitmen tugas.