KUNJUNGAN ke pertunjukan udara terbesar Asia, Singapore Airshow, sering dinanti-nanti Cik Nurfazilah Mohammed Fazil dan dua adik perempuannya.
Sejak kecil, mereka bertiga rasa teruja dan mula tertanya-tanya sesama sendiri atau kepada ibu bapa mereka bagaimana pesawat besar lagi berat boleh terapung-apung di udara.