Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tiga pemuda tonjol ketangkasan dalam perarakan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiga pemuda tonjol ketangkasan dalam perarakan

Feb 16, 2019 | 05:30 AM



SENAMAN kalistenik pernah membantunya mengharungi masa yang sukar dan tertekan dalam hidupnya.



Kini beliau mempersembahkan senaman itu, dengan hasil koreografinya sendiri, di perarakan Chingay 2019 dengan harapan senaman ini dapat meningkatkan kesedaran dan menarik lebih ramai orang lebih-lebih lagi beliau mewakili pasukan Push Pull Give Pte Ltd, sebuah perusahaan sosial kecergasan.



Encik Muhammad Nurqalbi Abdul Rashid, 22 tahun, pernah gagal di tahun pertamanya di Institut Milenia dan kegagalan itu membuatnya rasa sedih dan perlu mencari saluran untuk melepaskan tekanan.



Apabila diperkenalkan sukan Kalistenik, secara amnya ialah senaman tanpa menggunakan alat dan hanya menggunakan berat tubuh sendiri, oleh rakannya, beliau mula bangkit dari segi fizikal dan mentalnya.



"Kalistenik mengajar kita untuk maju ke depan walaupun susah kita jangan pernah berhenti kerana pergerakan dalam senaman Kalistenik yang anda pelajari adalah susah," kongsinya dan menambah beliau dapat mengaplikasikan falsafah ini ke kehidupannya sendiri pada waktu itu iaitu walaupun gagal beliau perlu terus ke depan dan mencari pendidikan alternatif untuk dirinya sendiri.



Kini beliau bakal lulus dari Politeknik Republik dalam jurusan pengurusan dan sistem kejuruteraan.



Encik Herzy Hosmi, 34 tahun dan Encik Mohamed Razif Mohamed Yusoff, 31 tahun, merupakan dua diantara tiga pemilik Push Pull Give Pte Ltd.



Sebagai perusahaan sosial, ia adalah antara syarikat yang menggunakan prinsip dan amalan perniagaan untuk mencapai kebaikan sosial.



Encik Herzy mengatakan bahawa Push Pull Give memberi tumpuan kepada mereka yang dipinggirkan seperti kanak-kanak atau belia yang menjadi mangsa situasi domestik serta belia yang pernah ada rekod jenayah.



Beliau yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dapat memahami apa yang para belia ini lalui dan ingin menawarkan wadah bagi mereka untuk mengintegrasikan kembali diri mereka ke dalam masyarakat.



Dengan itu Encik Mohamed Razif menjelaskan selain dari menawarkan kelas-kelas kecergasan termasuk Kalistenik, antara yang dilakukan syarikat mereka untuk membantu golongan ini ialah dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada para belia yang terpinggir terutama yang berminat mengembangkan kerjaya dalam industri kecergasan dan bekerjasama dengan badan amal seperti Muhammadiyah.



Ia juga memberikan biasiswa kecergasan kepada mereka yang dari latar belakang yang kurang bernasib baik.



Syarikat ini percaya dalam memperkasakan belia dengan menaja pendidikan mereka yang terpinggir yang ingin meneruskan kerjaya dalam kecergasan.



Push Pull Give menyertai Chingay 2019 dengan pasukannya yang dianggotai 20 orang dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran mengenai aksesibiliti kursus Kalistenik dengan kos yang berpatutan di Kelab Masyarakat (CC) dan bagaimana para penduduk dapat dengan mudah menyertai sukan ini untuk mencipta perubahan dan bersenam untuk tujuan yang baik. - NENIE KAIRUMAN




"Kalistenik mengajar kita untuk maju ke depan walaupun susah kita jangan pernah berhenti kerana pergerakan dalam senaman Kalistenik yang anda pelajari adalah susah."
- Encik Muhammad Nurqalbi Abdul Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >