LAKONAN dalam pementasan Hayat Hayatie terbitan Teater Kami memang mengagumkan.
Pelakon Dalifah Shahril, Shahril Wahid, Amirah Yahya dan Nurain Mohd Aksan perlu menggunakan daya imaginasi semasa menyampaikan beberapa babak dalam drama bersejarah menakjubkan itu. Hasilnya, lakonan cukup menyentuh hati.