Usaha sosial bantu wanita Batam

MISI membantu memperkasakan wanita di Batam, Indonesia, telah mendorong Cik Sofiah Sua'ad Mohamed Jamil terlibat dalam menjana dana bagi Yayasan Cinderella From Indonesia Centre (CFIC) di negara itu.

Cik Sofiah, 32 tahun, seorang warga Singapura yang juga penuntut tahun akhir ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan pengajian strategik, politik dan antarabangsa di Universiti Nasional Australia (ANU), bertindak selaku penyebar mesej tentang objektif dan matlamat yayasan tersebut kepada kenalannya di Singapura dan Timur Tengah.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun