Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Zamani Slam selamat diijabkabulkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Zamani Slam selamat diijabkabulkan

Sep 21, 2019 | 05:28 PM



DENGAN sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur malam tadi.


Bagaimanapun, beliau meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal. Beliau hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.


“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” kata penyanyi kumpulan Slam itu.


Menurut akhbar dalam talian Malaysia, Hmetro, Zamani turut berjanji akan memberi butiran lengkap majlis akad nikah itu beserta gambar kepada agensi berita namun sehingga kini beliau tidak dapat dihubungi.


Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berteman dengan Juliana, isterinya sekarang.


Juliana adalah seorang pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production yang dimiliki oleh Zamani dan keluarganya.


Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani apabila beliau mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.


Mereka mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >