Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

10 fakta Sindrom Individu Kejang

Sep 13, 2023 | 05:35 AM



Pengumuman bintang pop Celine Dion bahawa beliau terpaksa membatalkan kesemua siri konsertnya pada 2023 kerana diagnosis Sindrom Individu Kejang (SPS) menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah punca gangguan neurologi autoimun yang sangat jarang berlaku ini.

SPS menyebabkan kekakuan otot progresif dan kekejangan otot yang teruk dan boleh menyebabkan sakit kronik, jatuh dan kehilangan mobiliti dari masa ke masa, menurut laman web Pusat Perubatan John Hopkins.

Dalam sesetengah kes, kekejangan sangat teruk sehingga boleh menyebabkan jatuh, patah tulang dan sendi terkehel.

Walaupun keadaan yang jarang berlaku itu tidak membawa maut, gejalanya boleh menjejaskan mutu hidup seseorang secara mendadak.

Penyakit itu dilaporkan menjejas satu dalam sejuta orang.

Berikut adalah fakta tentang Sindrom Individu Kejang.

1) SPS adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku dengan ciri penyakit autoimun.

2) Ia menjejas sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kekakuan seluruh badan serta kekejangan otot yang menyakitkan.

3) Ia pertama kali dikenali pada era 1920-an selepas doktor menggambarkan pesakit yang menghidap penyakit itu seperti ‘manusia kayu’.

4) Menurut pengarah di Institut Perubatan Johns Hopkins, Dr Scott Newsome, punca sebenar keadaan itu tidak jelas tetapi ia melibatkan sistem imun.

5) Sindrom itu tidak membawa maut, tetapi ia boleh menjejaskan mutu hidup pesakit dengan ketara. Dan seperti kebanyakan penyakit kronik, komplikasi yang berkaitan boleh menyebabkan jangka hayat pesakit menjadi pendek.

6) Dr Richard Nowak, pembantu profesor neurologi di Sekolah Perubatan Yale, merumuskan bahawa sindrom itu boleh menyerang sesiapa sahaja namun ia berisiko dihidapi mereka yang berusia antara 30 tahun dengan 60 tahun.

7) Sindrom itu dikaitkan dengan perkara yang boleh mengundang tekanan (stres).

8) Cenderung mengundang risiko kepada golongan wanita berbanding lelaki.

9) Tiada ubat untuk sindrom tersebut, justeru doktor memberi tumpuan kepada pengurusan gejala dan kesakitan.

10) Gejala yang lebih teruk dirawat dengan imunoterapi dan imunosupresan. Bagi rawatan kaedah alternatif, pesakit mungkin menjalani terapi tingkah laku kognitif dan psikoterapi lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >