Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

2 aktres M’sia serba boleh, teguh pendirian

Nabila Huda tidak bermati-matian untuk terus kekal relevan, hanya fokus perbaiki lakonan
Nov 26, 2023 | 05:31 AM



Berikan apa jua watak kepada dua pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi dan Nadiya Nisaa (Nadiyatul Nisaa Kamarudin) – pastinya ia digalas dengan penuh semangat dan nyala rasa. BERITA MINGGU (BM) menemuramah dua bintang berusia 38 tahun ini untuk dapatkan kisah terkini mereka dan bagaimana lakonan sebati dalam diri ketika masing-masing berkunjung ke Singapura untuk projek berasingan.

Setelah berada di dalam industri hiburan selama lebih 20 tahun, pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 38 tahun, tidak pernah terkejar-kejar untuk kekal relevan.

Sebaliknya, anak roker legenda, Datuk Amy Search, hanya ingin fokus kepada usaha memperbaiki seni lakonannya yang sangat diminati.

“Saya tidak mengejar untuk mengikut apa yang tular sekarang ini. Contohnya, video atau lagu yang sedang tular di TikTok dan awak juga harus melakukan video yang serupa. Saya tidak berbuat demikian.

“Sebaliknya saya hanya fokus kepada bidang lakonan. Perniagaan yang saya lakukan juga hanya sekadar hobi dan bukan untuk menyara hidup. Mungkin disebabkan itu peminat lihat saya relevan,” kata Nabila yang baru membintangi filem Amazon Original Malaysia pertama, Budak Flat.


Beliau ditemui Berita Minggu (BM) pada acara bertemu peminat dan tayangan filem Rahsia yang dianjurkan El Evento Co Pte Ltd dan Cathay Cineplexes di pawagam cawangan terbaru Cathay di Century Square.


Tidak mempunyai kelab peminat, Nabila berkata bahawa media sosial merupakan wadah di mana peminat beliau dapat berinteraksi dengan beliau walaupun bukan secara fizikal.

Beliau mempunyai seramai 3.1 juta pengikut di platform Instagram. Ramai yang telah mengikutinya untuk ketahui kehidupan sehariannya.  

Nabila yang bermula dalam dunia seni pada 2001 memilih untuk berkongsi kandungan tentang kehidupan seharian yang membuat peminatnya rasa selesa dan dekat dengan dirinya.

“Kandungan yang dikongsikan di media sosial kadangkala dianggap harus ‘perfect’ (serba sempurna) dan indah. Tetapi, saya hanya ingin menjadi diri saya yang sebenar,” kongsi Nabila.

Mengulas tentang dirinya yang kadangkala memberi komen agak ‘tajam’ tentang apa yang berlaku dalam industri hiburan di Malaysia, Nabila berkata bahawa beliau hanya memberi komen atau pandangan jikalau isu tersebut memberi gambaran yang buruk terhadap industri hiburan. 

Beliau berpendapat adakalanya isu-isu yang bangkit boleh diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu diperbesarkan. Komen beliau juga berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon. 

“Saya berkata berdasarkan logik dan apa yang saya pernah lalui setelah sekian lama dalam industri. Komen saya tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa,” ujar Nabila yang sedang melakukan penggambaran bagi drama bersiri arahan Erma Fatima bertajuk Lelaki Itu.


Drama tersebut merupakan drama pertama beliau setelah lama tidak berlakon dalam drama bersiri. Drama itu bakal dibintangi Fazura, Adi Putra, Sarimah Ibrahim dan Sophia Albarakbah.

Drama bersiri terakhir lakonan Nabila ialah Alter-naratif yang mula disiarkan di platform penstriman Viu pada Mei 2023.


Mengakui dirinya dikenali dengan lakonan dalam filem genre seram seperti Munafik, Wangi dan Gamatisme, Nabila memastikan bahawa setiap watak yang dibawanya berbeza.


“Saya pastikan setiap filem berunsur seram yang saya jayakan ada perbezaannya dari segi watak dan jalan cerita. Dalam Munafik penonton dapat melihat watak saya dirasuk tetapi bagi Telaga Suriram ia lebih kepada unsur misteri dan kehilangan.


“Saya juga tidak berlakon dalam drama bersiri yang mempunyai genre seram kerana ingin memastikan ada kelainan dari segi watak yang saya lakonkan di dalam filem dan drama,” ujarnya yang membintangi filem Telaga Suriram arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan pada 2024.


Sebagai pelakon yang serba boleh dan telah membawa pelbagai watak, Nabila berharap dapat menjayakan watak dalam sebuah filem bertemakan sejarah seperti Hikayat Merong Mahawangsa atau ingin mencabar diri melakukan filem muzikal seperti The Greatest Showman.


SINGAPURA IBARAT ‘RUMAH KEDUA’

Nabila yang bakal berada di Singapura selama tiga bulan bagi pementasan bersama Teater Ekamatra pada 2024 turut berkongsi bahawa beliau menyukai semangat kekeluargaan dan sifat kasih sayang yang dipamerkan masyarakat setempat semasa menyambut Aidilfitri di Singapura. 

Teater Ekamatra, bagaimanapun, belum boleh mendedahkan tarikh dan lokasi pementasan berkenaan.

Nabila telah berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Singapura, Mohd Izwan Johar, pada 2015. 

“Walaupun saya orang luar, saya lihat setiap keluarga sangat rapat dan mempunyai silaturahim yang sangat kuat. Walaupun keadaan di dalam rumah sesak, mereka sangat erat semasa Raya,” kata Nabila. 

Sebagai seorang yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan, Nabila turut meminati lauk-pauk yang disajikan sewaktu Raya seperti sambal goreng pengantin dan sambal sotong yang berbeza dari segi rasa. 

“Setiap rumah yang saya pergi semasa Raya ada masakan yang istimewa. Sambal sotong yang saya makan di Singapura lembut dan teksturnya berbeza,” kongsi Nabila.

Nabila turut meminati hidangan nasi lemak, putu piring dan vadai jika berada di Singapura.

Beliau yang dikenali dengan video masakannya untuk keluarga di media sosial, turut menjadi pengacara rancangan masak bertajuk Masak Sana Sini New York yang bakal disiarkan di Malaysia pada Ramadan 2024.


Beliau tidak menolak jika diberi peluang beraksi bersama warga emas di Singapura yang mahu berkongsi cara memasak resipi tradisional tempatan di dalam sebuah program masakan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >