Jenama rekaan Italy, Weekend Max Mara memberi penghormatan kepada kesenian Jepun dalam koleksi terbaru beg Pasticcino.
The Pasticcino – ‘pastri kecil’ dalam bahasa Italy – mempunyai enam corak baru dan dua saiz ($1,019 bagi kecil, $1,199 bagi besar) yang diilhamkan daripada ikonografi Jepun.
Beg bercorak merah jambu lembut dengan hiasan bunga cantik melambangkan kesuburan dan kehidupan, manakala satu lagi beg memaparkan motif dari 1904, mengingatkan tentang empayar Jepun.
Jenama Weekend Max Mara telah bekerjasama dengan dua pembuat tekstil yang berpangkalan di Kyoto, kededuanya terkenal dengan seni ketukangan rumit untuk menghasilkan beg, manakala pakar seni daripada Bottega Nakamori-Kumihimo membuat 5,000 sfera benang untuk kancing beg.
Beg Pasticcino pernah dilancarkan pada 2016, dengan koleksi sebelum ini diilhamkan daripada Venice dan Perancis.
Maklumat: Beg Pasticcino boleh didapati mulai awal Jun di Weekend Max Mara, 02-12 Paragon Shopping Centre, 290 Orchard Road dan laman web, https://world.weekendmaxmara.com/.
Jenama beg dari Jerman, Rimowa, telah bergabung bersama jenama fesyen dan gaya hidup dari Amerika, bagi dua produk, diilhamkan daripada pengembaraan.
Beg pakaian Rimowa Cabin Trunk dilancarkan pada 1964 dengan rekaan yang membolehkan pengembara meletakkan beg mereka secara bertimbun di kereta api.
Beg pakaian Rimowa x Aime Leon Dore Chest ($5,400) mencerminkan semula beg pakaian vintaj sebagai produk elegan. Bagi mereka yang suka bergaya sambil melancong, beg pakaian Rimowa x Aime Leon Dore Classic Cabin ($3,710) sesuai untuk percutian pendek.
Kededua beg pakaian boleh didapati dalam rona hijau yang mempunyai pemegang tangan buatan kulit rona coklat dan perkakasan bersalut emas. Lapik dalaman memaparkan corak simbol Greek asli.
Maklumat: Boleh didapati di Rimowa, 01-11 Mandarin Gallery, 333A Orchard Road, dari 31 Mei.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg