Pengguna Berdaftar
2023 tahun rezeki Shazza melimpah-ruah
Siswi NTU diketengah di papan iklan Times Square, promosi album di Esplanade
Aug 30, 2023 | 5:30 AM
Daripada kanak-kanak berusia 11 tahun yang secara bersahaja mencipta lagu ‘suka-suka’ tentang putus cinta kepada pemuzik muda berusia 22 tahun yang wajahnya terpampang pada papan iklan atau ‘billboard’ di Times Square, New York City.
Pencapaian membanggakan itulah yang mengubah sekelip mata hidup bakat Singapura, Shazza atau nama sebenarnya, Shareefa Aminah, yang kini menuntut di tahun kedua Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Laporan berkaitan
Wajah Shazza sinari papan iklan Times Square, New YorkAug 25, 2023 | 5:21 PM
Artis muda orak langkah berani hasilkan, biaya video muzik sendiriJul 25, 2021 | 6:16 AM

