Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wajah Shazza sinari papan iklan Times Square, New York

Aug 25, 2023 | 5:21 PM
BUAT PENAMPILAN: Penyanyi dan penulis muzik Shazza muncul di papan iklan Times Square sempena kempen Equal oleh Spotify.
BUAT PENAMPILAN: Penyanyi dan penulis muzik Shazza muncul di papan iklan Times Square sempena kempen Equal oleh Spotify. - Foto CROSS RATIO ENTERTAINMENT

Wajah Shazza, penyanyi dan penulis muzik anak watan Singapura, terpampang megah di papan iklan Times Square yang ikonik di New York, Amerika Syarikat.

Bak masih berada di awang-awangan, beliau masih perlu “cubit diri sendiri” kerana tidak percaya ia benar-benar berlaku.

Melalui satu catatan di Instagram, beliau berkata: “Itu adalah wajah saya. Di papan iklan di Times Square? Saya perlu ingatkan diri bahawa ini adalah benar”.

View post on Instagram
 

Penampilan gadis berusia 22 tahun itu, yang nama sebenarnya ialah Shareefa Aminah, adalah sebahagian daripada kempen Equal kendalian Spotify – yang mana beliau merupakan duta.

Kempen tersebut, yang menurut laporan The Straits Times bermula pada Khamis selama 24 jam, bertujuan mengetengahkan wanita yang ada di wadah muzik, podcast dan video digital serta memupuk kesaksamaan dalam industri muzik.

“Ini adalah satu peristiwa yang sangat istimewa buat saya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah mendengar muzik dan karya seni saya - anda telah memainkan peranan besar dalam memberikan saya peluang untuk kejar cita-cita saya dan kecapi tahap ini,” jelas mahasiswi Sekolah Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.

Dalam pada itu, antara artis wanita Singapura yang pernah tampil di papan iklan Times Square termasuk Tanya Chua and Jasmine Sokko pada 2021 dan Stefanie Sun pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg