Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

3 destinasi impian ‘kaki game’

Aug 13, 2023 | 05:30 AM



Apakah anda tidak mampu lepas daripada permainan video dan mencari destinasi paling sesuai di dunia untuk dikunjungi? Berikut adalah tiga negara yang boleh anda pergi bagi menikmati permainan video atau memasuki zon siber yang mengasyikkan.

JEPUN SEBAGAI HAB INDUSTRI ‘GAMING’

Jepun kaya dengan budaya ‘gaming’ yang pesat berkembang. Ia juga hab bagi anda mengetahui sejarah permainan daripada arked klasik kepada konsol moden mahupun pengalaman realiti maya yang menyeronokkan.

Ramai ‘kaki game’ yang datang berkunjung ke Jepun kerana di sinilah mereka dapat ketahui lebih lanjut tentang budaya ‘gaming’ sebenar dengan mencuba sendiri permainan yang disajikan di arked canggih merata Jepun.


Terdapat beberapa destinasi ‘gaming’ yang sewajarnya menjadi tempat ‘wajib’ untuk diteroka. Salah satunya adalah Akihabara di Tokyo yang lebih dikenali sebagai ‘Kota Elektrik Jepun’.Inilah tumpuan penggemar arked dengan banyak kafe ‘gaming’ dan kedai elektronik yang menjual konsol dan aksesori ‘gaming’ di sini.

Satu lagi tempat ‘wajib’ kunjung ialah Muzium Manga Antarabangsa Kyoto dengan koleksi komik ‘manga’ dan permainan yang dipadankan daripada komik dijual. Ada juga Kafe Gundam bertemakan permainan siri Gundam.


KOREA SELATAN TAWAR PENGALAMAN ‘GAMING’ E-SUKAN







Seandainya anda pencinta permainan e-sukan, Korea Selatan adalah tempat paling sesuai untuk dikunjungi. Di sinilah berlangsungnya perlawanan e-sukan besar-besaran seperti Kejuaraan Dunia League of Legends dan Piala Dunia Overwatch.

Korea Selatan juga banyak kafe ‘gaming’ teknologi tinggi dan sisipan budaya ‘gaming’ di mana-mana.

Salah satu kota di mana anda boleh kunjungi kafe dengan peralatan ‘gaming’ canggih seperti di PC Bangs adalah Gangnam. Terdapat juga Muzium Sains Permainan dengan pameran tentang sejarah dan evolusi ‘gaming’.

SEATTLE RUANG PERHIMPUNAN ‘GAMERS’

Di Seattle, Amerika, ramai belia seronok menebar sayap dalam industri ‘gaming’. Buat pelancong, ia juga kota kosmopolitan canggih yang menawarkan banyak ruang untuk membangun minat dalam ‘gaming’.


Ada banyak kafe arked untuk dikunjungi di sini dengan permainan kecerdasan buatan (AI) untuk diteroka dan membawa anda terbang jauh dalam zon fantasi permainan yang dicuba.

Laman WalletHut bahkan menyenaraikan Seattle sebagai kota ‘Nombor 1’ untuk ‘gamer’ jalani kehidupan yang bermakna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >