Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

E-sukan Olimpik di S’pura tingkat kesedaran antidadah kalangan atlet

Jun 22, 2023 | 03:26 PM



Atlet e–sukan, atau sukan maya, akan dididik mengenai salah guna dadah dan penggunaan bahan terlarang di Pesta E-Sukan Olimpik yang akan diadakan buat julung–julung kalinya di Singapura pada Khamis.

Pesta E-Sukan Olimpik berlangsung 22-25 Jun di Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapura

Acara itu menampilkan pelbagai e-sukan dan perlawanan akhir secara langsung pertama bagi Siri E-Sukan Olimpik – sebuah pertandingan e-sukan dan simulasi yang termasuk taekwondo, memanah dan menari.

Menurut Agensi Antidadah Dunia (Wada), Persekutuan E–Sukan Sedunia (GEF) telah menyusun sebuah program pendidikan, yang merupakan langkah pertama yang berpotensi mengamalkan kod ‘anti–doping’, atau pencegahan penggunaan barang terlarang sedunia.

“Saya fikir daripada perspektif pergerakan Olimpik, keadilan pertandingan sentiasa sangat penting, dan salah guna dadah menjadi topik utama,” kata Ketua Sukan Maya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Vincent Pereira.

“Persekutuan antarabangsa bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan salah guna dadah selaras dengan peraturan mereka sendiri... kerana ia adalah ruang pertandingan baru di dalam permainan elektronik (gaming), dan kehendak kami juga adalah untuk menyediakan beberapa sesi pendidikan.”


Pereira berkata maklum balas daripada atlet e–sukan setakat ini ialah mereka “sangat gembira” untuk terlibat dalam sesi pendidikan melibatkan isu salah guna dadah.

“Saya percaya sesi pendidikan perlu diadakan kerana sama seperti sukan lain dalam Sukan Olimpik, e-sukan adalah sukan yang sah,” kata Siti Zhywee, atlet e-sukan yang akan mewakili Singapura di peringkat akhir Siri Sukan Maya Olimpik.

“‘Permainan Just Dance, sebagai contoh, adalah sangat fizikal jadi kami mahu memastikan semua atlet bersih daripada doping (penggunaan dadah atau bahan terlarang).”


Gaming ialah industri bernilai berbilion dolar dan kejohanan e-sukan menawarkan hadiah berbentuk wang bernilai ratusan ribu dolar, maka sesetengah atlet menggunakan dadah atau bahan terlarang yang meningkatkan prestasi, seperti dadah perangsang, untuk kekal berada dalam keadaan berjaga pada masa yang lama di komputer.


IOC mengiktiraf e-sukan sebagai ‘kegiatan sukan’ pada 2017 dan ia akan menjadi acara berpingat buat kali pertama pada Sukan Asia di Hangzhou akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, GEF perlu menandatangani kod Wada dan menghasilkan rejim ujian dadah, untuk memasukkan e-sukan dalam Sukan Olimpik.

“Ini adalah langkah pertama bagaimana pergerakan Olimpik boleh membangunkan e-sukan dan mengambil beberapa hala tuju yang baik mengenai topik ini bagi mengekalkan kesihatan atlet dan keadilan pertandingan,” tambah Pereira. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >