Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 taman tema ‘wajib kunjung’ di Asia

Jun 18, 2023 | 5:30 AM
TEROKA ALAM FANTASI ANIMASI: Ghibli Park memberi anda peluang meninjau set penggambaran filem animasi terbitan Studio Ghibli di Jepun.
TEROKA ALAM FANTASI ANIMASI: Ghibli Park memberi anda peluang meninjau set penggambaran filem animasi terbitan Studio Ghibli di Jepun. - Foto GHIBLI ORANGE

Bukan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa akan tertarik untuk mengunjungi taman tema yang penuh dengan sudut-sudut cantik untuk dirakam sebagai kenangan di Instagram dan TikTok.

Empat taman tema di rantau Asia ini adalah yang baru dibuka pada 2022 atau 2023 dan dijangka menarik ramai pelancong yang tidak sabar untuk mengembara selepas berakhirnya pandemik Covid-19 yang menyekat pergerakan.

GHIBLI PARK: TAMAN IMPIAN KAKI ANIMASI JEPUN

Lokasi: Nagakute, Aichi di Jepun. Taman ini dibina di tapak Taman Peringatan Aichi Ekspo 2005.

Dibuka pada 1 November 2022 dan memaparkan tarikan atau watak serta prop dalam set penggambaran filem terbitan Studio Ghibli.

Stesen di pintu masuk taman ini ialah Stesen Aichikyuhaku-kinen-koen.

Terdapat lima kawasan untuk diteroka. Ghibli’s Grand Warehouse menempatkan kolam panas, boneka Air Destroyer Goliath setinggi enam meter dan hakisan taman daripada filem Castle in the Sky.

Ada juga pameran watak-watak animasi terbitan Studio Ghibli seperti Robot Soldier  dan Cat Bus.

Wujud juga pawagam Cinema Orion yang menayangkan beberapa filem ringkas eksklusif yang hanya ditayangkan di taman itu dan Muzium Ghibli di Tokyo, Jepun.

Hill of Youth pula berlegar di sekitar filem Howl’s Moving Castle dengan menara meninjau yang dipadankan dengan sekitaran era yang diketengahkan.

Terdapat kedai antik daripada animasi Whisper of the Heart yang dipanggil World Emporium. Ada juga Biro Kucing daripada animasi The Cat Returns. yang dibina persis bangunan dengan saiz kucing berkenaan.

Di sebuah kawasan rimba yang dipanggil Dondoko Forest ada rumah Satsuki dan Mei daripada animasi My Neighbor Totoro, lengkap dengan taman permainan buat si cilik.

Di Mononoke Village, anda dapat meninjau prop animasi Princess Mononoke manakala di Valley of Witches pula, anda akan menemui restoran dan sudut permainan kecil-kecilan yang diinspirasikan daripada filem Kiki’s Delivery Service dan Howi’s Moving Castle.

LOTTE WORLD ADVENTURE BUSAN: MAGIC FOREST: RIMBA IDAMAN

Lokasi: 240 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul di Korea Selatan

Korea Selatan tidak mempunyai Disneyland tetapi ia mempunyai rimba idaman ramai yang diberi kesegaran tahun lalu. Dikenali sebagai Lotte World Adventure Busan: Magic Forest, ia adalah peluasan pada taman tema Lotte World Adventure yang sudah wujud sejak 1980-an.

Ia 20 kali lebih besar daripada taman tema asal dan terdapat enam zon untuk diteroka. Anda berasa seperti puteri atau putera raja di pelbagai istananya. Anda disambut pepohon ajaib yang boleh berbual dalam bahasa Korea dan menceritakan sejarah taman tema itu. Terdapat kedai cenderahati dan ‘roller-coaster’ Giant Digger.

Buaian raksasa Giant Swing dan roller-coaster yang memecut laju sebelum memasuki kolam atau Giant Splash juga ada.

BAGAI DALAM ISTANA: Lotte World Adventure Busan: Magic Forest membawa anda ‘terbang’ ke alam fantasi dengan beberapa permainan ‘roller-coaster’ yang boleh anda naiki jika ingin rasakan pecutan adrenalina.
BAGAI DALAM ISTANA: Lotte World Adventure Busan: Magic Forest membawa anda ‘terbang’ ke alam fantasi dengan beberapa permainan ‘roller-coaster’ yang boleh anda naiki jika ingin rasakan pecutan adrenalina. - Foto KLOOK

TAMAN BERTEMA FILEM, COLUMBIA PICTURES AQUAVERSE

Lokasi: 8 Sukhumvit Road, Na Chom Thian, Sattahip District, Chon Buri 20250, Thailand

Disifatkan sebagai Taman Tema Pattaya ‘Nombor 1’ yang menawarkan keseronokan bermain sorot-sorot dan buai-buai serta menyertai ruang yang menggunakan tema filem Columbia Pictures dari gergasi perfileman dan dunia hiburan Sony Group.

Taman tema ini hasil kerjasama Columbia Pictures dan pemaju Thailand, Amazon Falls. Banyak permainan dalam air serta persembahan ‘live’ dan restoran berkonsep filem.

Ada sudut Hotel Transylvania, Jumanji, Surf’s Up dan Ghostbusters. Hanya dua jam perjalanan kereta dari Bangkok.

TARIKAN PATTAYA: Taman tema Aquaverse menyediakan permainan air dan persembahan ‘live’ yang dipadankan daripada beberapa filem terbitan Sony Pictures/Columbia Pictures.
TARIKAN PATTAYA: Taman tema Aquaverse menyediakan permainan air dan persembahan ‘live’ yang dipadankan daripada beberapa filem terbitan Sony Pictures/Columbia Pictures. - Foto SONY PICTURES

TAMAN AIR SPLASHMANIA, RUANG SANTAI MENENANGKAN

Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor, Malaysia

Bagi kanak-kanak yang suka main air, inilah taman tema untuk dikunjungi kerana banyak peluang merasakan kesan curahan air persis duduk di bawah air terjun dalam beberapa permainan. Terdapat 39 sorot-sorot dan permainan lain untuk dicuba.

MAIN AIR: Splashmania adalah taman tema yang sarat dengan sorot-sorot dan permainan lain yang bertemakan keseronokan bermain air.
MAIN AIR: Splashmania adalah taman tema yang sarat dengan sorot-sorot dan permainan lain yang bertemakan keseronokan bermain air. - Foto SPLASHMANIA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg