Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Paling tidak sesuai

Cuti bersama anak: Antara kota pilihan dengan bandar tidak mesra kanak-kanak

Jun 11, 2023 | 05:31 AM



Bercuti bersama keluarga di pulau-pulau yang dipenuhi pusat peranginan mesra kanak-kanak, seperti Bali atau Phuket, adalah destinasi yang selamat.

Mencari bandar-bandar yang sesuai untuk kanak-kanak mungkin lebih sukar. 

Namun, jangan gusar. Terdapat banyak bandar yang boleh dikunjungi – dari Asia ke Australia hinggalah ke Eropah.

Terdapat juga banyak lagi bandar tetapi saya tidak cadangkan untuk percutian keluarga.

Berikut ialah tiga daripada pusat bandar terbaik dan tiga lagi harus dielakkan untuk percutian bersama anak-anak.







Sydney – “Wonderland” pesona kanak-kanak

Taman yang luas serba menghijau, beratus-ratus taman permainan awam, pantai yang indah dan banyak tarikan mesra kanak-kanak – Sydney hampir sempurna untuk percutian keluarga.

Seperti yang ramai ibu bapa ketahui, kunci untuk mengawal ‘mood’ anak-anak kecil adalah dengan mengisi kegiatan menggunakan tenaga mereka. Itulah sebabnya terdapat nilai yang sangat besar di kawasan hijau dan taman permainan yang bertaburan di seluruh pusat bandar Sydney.

Selepas melawat Sydney Opera House (www.sydneyoperahouse.com), biarkan anak-anak berlari bebas di Royal Botanic Garden yang terletak bersebelahan Sydney (www.rbgsyd.nsw.gov.au).

Sebelum meneroka Muzium Australia (str.sg/iJhT) – muzium pertama di Australia yang menempatkan lebih 21 juta spesimen saintifik dan objek budaya – suruh anak-anak memanjat, melompat dan bergelut di Hyde Park bersebelahan dengan muzium (str.sg/iJhq).

Dari situ, pergilah membeli-belah di Darling Harbour dan kemudian bermain di Taman Permainan Tumbalong Park (str.sg/iJhc), yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Atau teruskan perjalanan hanya 6 kilometer ke timur pusat bandar untuk tiba di pantai Sydney dan berenang di pantai berkilauan seperti Bondi, Bronte dan Tamarama.

London – Sangat menerujakan kanak-kanak







London adalah metropolis yang luas dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan ramai pelancong pada setiap masa sepanjang tahun. Kedengarannya ia seperti bandar yang tidak bagus untuk kanak-kanak. Namun, ibu negara Britain “diberkati” dengan ruang hijau dan ia sebenarnya sangat mudah diteroka semasa percutian bersama keluarga.

Hebatnya, bandar ini mempunyai sekitar 3,000 taman. Jika digabungkan, ia meliputi hampir 18 peratus daripada keluasan tanah di London.

Pusat bandar London diselubungi kehijauan, terutamanya di kawasan yang menarik pelancong dari barat St James ke Mayfair, Hyde Park dan Kensington.

Kanak-kanak juga akan menyukai banyaknya persembahan drama dan muzikal yang direka khusus untuk mereka yang berlangsung setiap hari di beberapa teater di London. Contohnya, Mary Poppins, Frozen dan Wicked begitu popular di London.


Tokyo – bandar mega yang kurang diketahui sesuai untuk keluarga.







Pada hemat saya, semakin besar bandar, semakin kurang sesuai untuk kanak-kanak. Namun, Tokyo terkecuali kerana ia bukan saja sangat selamat dan teratur malah penuh kehijauan. 

Ibu kota Jepun ini secara konsisten disenaraikan antara destinasi paling selamat di dunia, disebabkan kadar jenayah jalanannya yang sangat rendah.

Ia juga mempunyai taman yang besar di setiap daerah pelancongan utamanya – Chiyoda, Shibuya, Shinjuku dan Taito. Sesetengah taman direka dengan sangat teliti sehingga orang dewasa juga akan terpesona, terutama Taman Taito, Taman Negara Shinjuku Gyoen dan Taman Yoyogi yang diapit oleh keindahan hutan Kuil Meiji.

Di luar kawasan diselaputi kehijauan ini, kanak-kanak boleh “melepaskan geram” di Tokyo Disneyland (www.tokyodisneyresort.jp/en/tdl) dan juga boleh menyertai pelbagai bengkel khusus untuk peringkat umur mereka.

Antaranya ialah asas tradisi Jepun seperti lipatan kertas origami, seni blok kayu, pembalut kain furoshiki dan menganyam ikatan rambut sumo, yang semuanya boleh dilakukan di Shiba Park Hotel (www.shibaparkhotel.com/en).







Bangkok – tidak selamat untuk kanak-kanak kecil







Ibu kota Thailand ialah destinasi sensasi untuk orang dewasa dengan seni bina yang mempesonakan, makanan yang boleh menyebabkan ketagihan, membeli-belah sakan dan kehidupan malam yang meriah. Tetapi Bangkok adalah tempat yang sukar untuk bergerak ke sana sini dengan kanak-kanak kecil.

Saya dan isteri warga Thailand pernah dua kali menghabiskan beberapa bulan tinggal di Bangkok – pertama ketika bayi kami baru lahir dan kemudian ketika dia masih kecil.

Menolaknya dengan kereta sorong dari pangsapuri kami ke taman sejauh 1 kilometer cukup bermasalah.

Pertama, cuaca panas dan lembap menyebabkan dia tidak selesa. Kedua, laluan pejalan kaki di Bangkok sangat tidak rata dan banyak sekatan serta halangan sehingga menolak kereta bayi menjadi perlahan dan menyusahkan.

Ketiga, dan paling membimbangkan, terdapat sangat sedikit cara selamat untuk menyeberang jalan di Bangkok, yang tidak mempunyai jambatan pejalan kaki atau laluan bawah tanah. Walaupun mempunyai lintasan ‘zebra’ di lampu isyarat, adalah perkara biasa bagi motosikal memecut lampu merah dan melanggar, atau hampir melanggar, pejalan kaki.

Kekurangan taman dan sedikit tarikan yang disesuaikan untuk kanak-kanak menjadikan Bangkok lebih sesuai untuk orang dewasa.

Jakarta – kesesakan lalu lintas







Bali adalah antara destinasi keluarga terbaik di Asia. Ia mempunyai sejumlah besar tempat peranginan dengan kemudahan mesra kanak-kanak. Bayangkan terdapat kelab kanak-kanak, kolam cetek dan akses terus ke pantai. Bali juga merupakan taman permainan dalaman, taman air dan taman bertema.

Ibu kota Indonesia, bagaimanapun, tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak sabar apabila ke sana sini dengan kereta dan perjalanan ke Jakarta dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas.

Sama seperti Bangkok, permukaan jalan rayanya yang tidak rata dan tidak selamat untuk pejalan kaki, menjadikannya mimpi ngeri bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sama ada mereka dalam kereta sorong atau sudah boleh berjalan. Jakarta juga merupakan hutan konkrit dengan kekurangan taman, apatah lagi taman permainan awam yang berfungsi.

Delhi – kegembiraan bukan untuk kanak-kanak







Delhi adalah salah satu destinasi kegemaran ramai – sebuah bandar yang begitu besar dan sarat dengan tapak bersejarah yang saya rasa saya boleh melawat sedozen kali lagi dan terus mencungkil keajaiban baharu. Tetapi ia juga sangat sibuk, dan begitu bising.

Sukar untuk menikmati keajaiban kota ini jika berjalan bersama kanak-kanak. Delhi Tengah kekurangan alam semula jadi yang menghijau, taman permainan yang berbeza dan tempat-tempat yang menarik minat kanak-kanak.

Apa sahaja yang anda lakukan, pastikan anda melawat Delhi sekurang-kurangnya sekali. Tetapi biarkan anak-anak di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >