Isu kehilangan orang tersayang sekali lagi menjadi persoalan utama dalam filem Indonesia, Perayaan Mati Rasa.

Jika beberapa bulan lalu, hati ini dirobek filem, Bila Esok Ibu Tiada, tentang adik-beradik yang bertelingkah selepas ibu mereka meninggal dunia, Perayaan Mati Rasa pula membawa hati ini kembali merintih mengenang kisah ayah yang mati mendadak.