Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 keajaiban Maghribi

Sep 17, 2023 | 5:30 AM
SARAT WARISAN: Keadaan di Marrakesh yang kaya dengan unsur warisan dan budaya Maghribi sebelum gempa berlaku.
SARAT WARISAN: Keadaan di Marrakesh yang kaya dengan unsur warisan dan budaya Maghribi sebelum gempa berlaku. - Foto PIXABAY

Seandainya anda berkesempatan berkunjung ke Maghribi di kala keadaan kembali tenang dan damai, tujuh tempat ini adalah yang wajib dikunjungi.

MARRAKESH

Kota bersejarah ini merupakan tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ia merupakan bandar paling terkenal di Maghribi dengan bazarnya yang sebelum ini merupakan syurga beli-belah. Pelancong kebiasaannya akan menetap di ‘riad’ dengan seni bina tradisional Maghribi yang unik dan menarik. Di kawasan Al Fenn Square, makanan jalanan dijual.

 AIT BEN HADDOU

LOKASI PENGGAMBARAN: Di Ait Ben Haddou, anda terasa suasana perfileman filem peperangan kerana di sinilah ‘Gladiator’ menjalani penggambaran.
LOKASI PENGGAMBARAN: Di Ait Ben Haddou, anda terasa suasana perfileman filem peperangan kerana di sinilah ‘Gladiator’ menjalani penggambaran. - Foto MOROCCAN ADVENTURE

Kampung berkubu atau ‘ighrem’ di sepanjang laluan karavan lama antara Padang Pasir Sahara dan Marrakesh di Maghribi ini dianggap sebagai tempat paling sesuai untuk melihat seni bina asli tanah liat.

Tapak warisan Unesco sejak 1987 ini juga menjadi lokasi penggambaran filem Gladiator dengan ada agensi pelancongan menawarkan peluang jelajah ke set perfileman ini.

TODGHA GORGE

NGARAI CANTIK: Todgha Gorge merupakan kawasan sungai batu kapur yang saujana mata memandang.
NGARAI CANTIK: Todgha Gorge merupakan kawasan sungai batu kapur yang saujana mata memandang. - Foto MOROCCO ADVENTURE

Ngarai Todgha ini adalah siri ngarai sungai batu kapur atau ‘wadi’ di bahagian timur Pergunungan High Atlas berhampiran bandar Tiner di Maghribi.

MERZOUGA

UNDANGAN PADANG PASIR: Merzouga menjadi tempat menunggang unta.
UNDANGAN PADANG PASIR: Merzouga menjadi tempat menunggang unta. - Foto PIXABAY

Bandar kecil di Maghribi berhampiran Padang Pasir Sahara dan berdekatan sempadan Algeria ini membawa anda memasuki kawasan gumuk pasir yang diberi nama Erg Chebbi.

Di barat Merzouga, anda akan temui tasik garam Dayet Srji yang biasanya kering pada musim panas. Apabila penuh terisi air, tasik ini menjadi kediaman pelbagai jenis unggas berhijrah atau unggas padang pasir termasuk burung siul, burung tukang Mesir dan burung flamingo.

Masyarakat Berber iaitu orang dari Timur Tengah yang berbahasa Arab dan hidup berkelana boleh anda temui di sini. Seronok jika anda dapat tunggang unta di sini.

FES

UNIVERSITI PERTAMA DUNIA: Di Fes, berdiri megah universiti pertama dunia, Universiti Al Quaraouiyine.
UNIVERSITI PERTAMA DUNIA: Di Fes, berdiri megah universiti pertama dunia, Universiti Al Quaraouiyine. - Foto MOROCCAN ADVENTURE

Kota kedua terbesar di Maghribi ini menampung Universiti Al Quaraouiyine, universiti pertama bukan sahaja di benua Afrika tetapi di seluruh dunia juga.

Pengasas universiti ini adalah seorang wanita dermawan dari Tunisia, Fatima al-Fihri, yang menggunakan harta hasil peninggalan bapanya untuk membangun institusi pengajian tinggi ini.

Fes juga adalah tapak warisan Unesco

VOLUBILIS, MEKNES

KESAN RUNTUHAN: Volubilis cukup bersejarah.
KESAN RUNTUHAN: Volubilis cukup bersejarah. - Foto PIXABAY

Di sini, anda boleh kunjungi runtuhan Volubilis, kota Berber-Roman yang separuh digali berhampiran Meknes, yang merupakan ibu kota Kerajaan Mauretania dari era pemerintahan Raja Juba II.

CHEFCHAOUN

SERBA BIRU: Bangunan di Chefchaoun terkenal kerana warna birunya di mana-mana.
SERBA BIRU: Bangunan di Chefchaoun terkenal kerana warna birunya di mana-mana. - Foto MOROCCAN ADVENTURE

Anda tidak terasa haru-biru di kota kecil di kawasan pergunungan Rif yang sarat dengan bangunan atau rumah biru yang unik. Ia kelihatan cantik dan menyegarkan pandangan mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg