Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bangkok penuhi keperluan pelancong Muslim

Sep 10, 2023 | 05:31 AM



Bangkok, ibu kota Thailand yang rancak dan sibuk, terkenal dengan kehidupan jalan, khazanah budaya dan sudah tentu pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Bandar dinamik ini terus berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan, menjadi destinasi impian shopaholic atau kaki shopping, menawarkan segala-galanya dari pasaran tradisional ke pusat beli-belah mewah.


Namun, apa yang menambah daya tarikan bandar ini adalah bilangan kedai makan mesra Muslim yang semakin bertambah, menjadikannya lebih inklusif bagi pelancong daripada semua latar belakang.

Pengalaman membeli-belah di Bangkok tiada hentinya. Jika bukan di pusat beli-belah, ada banyak pasar atau bazar yang tersedia untuk berbelanja.

Antaranya yang mungkin menawan pengunjung untuk berbelanja sehari suntuk ialah Pasar Chatuchak yang hanya beroperasi pada hujung minggu.

Dengan keluasan lebih 35 ekar, pasar itu bukan menjual barangan runcit ataupun ikan dan sayur-sayuran, tetapi menjual baju pelbagai fesyen dan aksesori dan cenderamata atau buatan tangan. Hampir kesemua boleh didapati di sini.

Pasar Chatuchak adalah tempat yang amat dihargai orang gila beli-belah... seperti saya... datang berlenggang tangan dan tangan kosong, pulang sarat dengan berpuluh barangan.

Maklumlah, barangan di pasar itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan mutunya juga baik. Misalnya, set seluar dan baju dengan fesyen terkini hanya $8, mana dapat seperti ini? Bukan untuk wanita sahaja.. banyak gerai dengan tarikan serupa untuk lelaki.

Satu kelemahannya ialah, mungkin kerana harganya sangat rendah, anda tidak boleh mencuba pakaian. Maka itu, saya terlihat beberapa pelanggan yang membawa pita mengukur untuk memastikan pakaian yang berkenan di hati sesuai dengan saiz dan bentuk badan mereka.







Selepas berjalan-jalan, perut mula berkeroncong tetapi usah khuatir! Terdapat banyak gerai makanan halal tersedia, menawarkan pelbagai pilihan. Walau tiada data telefon, terdapat papan tanda yang menunjukkan arah ke gerai halal terdekat.

Untuk pengalaman beli-belah lebih mewah, kawasan Siam menawarkan beberapa pusat beli-belah. Antaranya pusat MBK, Siam Paragon dan Siam Centre. Di kawasan ini juga terdapat banyak restoran makanan halal. Senang kata, Bangkok kini sangat memenuhi keperluan pelancong Muslim.

Di Bangkok, bukan sahaja pelancong Muslim dari Asia Tenggara mudah dilihat, malah ramai juga pelancong dari Timur Tengah.







Jadi tidak menghairankan juga apabila terlihat pusat beli-belah yang menawarkan musala untuk penganut Islam. Khidmat yang disediakan cukup mengagumkan.

Di samping ‘syurga’ beli-belah, Bangkok juga menawarkan landskap masakan yang menggiurkan.

Apa yang menarik adalah pilihan makanan mesra Muslim yang semakin bertambah. Restoran dan kedai makan halal telah berganda, mempamerkan komitmen bandar ini untuk menampung cita rasa dan budaya yang pelbagai.







Hidangan makanan halal terdapat di hampir setiap pasar malam. Daripada makanan laut, ke makanan hidangan tempatan dan juga sajian fusion – semuanya terdapat pilihan halal.


Bilangan kedai makan mesra Muslim yang semakin meningkat menandakan komitmen bandar ini terhadap keterangkuman dan rasa hormat terhadap budaya yang berbeza.

Ia adalah satu bukti bagaimana Bangkok mengalu-alukan semua pelancong, memastikan bahawa semua orang boleh menikmati rasa masakan Thai yang kaya tanpa sebarang kebimbangan tentang pemakanan.

Kesimpulannya, Bangkok bangkit sebagai ‘syurga’ beli-belah, dengan kedai-kedai makan yang mesra Muslim bercambah, menjadikannya destinasi yang ideal untuk pelancong yang inginkan pengalaman pelbagai.

Sama ada anda memburu tawar-menawar di pasar-pasar sibuk, atau menikmati hidangan halal yang lazat, Bangkok mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada setiap pengunjung.

Sebagai bandar yang merangkumi inti pati budaya Thailand, kaya dan hospitaliti yang ramah, Bangkok menanti untuk dikunjungi, diterokai dan dinikmati keindahannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >