Jika anda peminat membeli-belah dalam talian, anda mungkin sudah mendengari bahawa Pinduoduo baru sahaja dilancarkan di Singapura.

Dengan pelbagai tawaran dan promosi, memang sukar untuk anda menahan diri daripada memasukkan satu atau dua barangan ke dalam troli.

Walaupun Pinduoduo mungkin baharu di Singapura, ia sebenarnya salah satu platform e-dagang terbesar di China.

Yang membezakannya daripada laman web beli-belah lain ialah model pembelian berkumpulan, dan pembeli boleh bergabung dengan pembeli lain untuk mendapatkan harga lebih rendah bagi produk tertentu. 

Dengan menghimpunkan pembeli dan menjual produk secara besar-besaran, platform itu mampu memberikan tawaran yang agak menarik. 

Harga yang terlalu murah itu tidak semestinya satu penipuan.

Ia adalah sebahagian daripada model perniagaan Pinduoduo, yang dibina atas konsep pembelian berkumpulan dan harga yang berpatutan.

Tetapi, ada juga syaratnya.

Sesetengah pembelian berkumpulan mungkin tidak akan berjaya jika bilangan peserta yang diperlukan tidak dipenuhi, dan ini bermakna pesanan anda boleh dibatalkan. 

Dengan jumlah pembeli yang ramai, pembelian berkumpulan menjadi tarikan utama platform itu.

Namun, pastikan anda menyemak syarat setiap tawaran sebelum membuat sebarang pembayaran.

Pinduoduo dikenali dengan harga barangannya yang murah, tetapi berapa banyak jumlah barangan yang boleh dibeli dengan $15?

Majalah Her World menyenaraikan barangan yang boleh dibeli dengan jumlah tersebut. 

Sarung telefon, $0.55

Sarung telefon dengan reka bentuk yang comel ini boleh didapati dengan  harga kurang $1.
Sarung telefon dengan reka bentuk yang comel ini boleh didapati dengan harga kurang $1. - Foto PINDUODUO

Dengan reka bentuk comel dan penghasilan yang agak kukuh, sarung telefon berharga $0.55 ini memang berbaloi.

Memandangkan ia keperluan harian, mendapatkannya dengan harga kurang daripada sedolar memang sukar dipercayai! 

Set pinggan mangkuk, $0.97

Set pinggan mangkuk yang comel berharga hanya $0.97 ini boleh menyerikan dapur anda.
Set pinggan mangkuk yang comel berharga hanya $0.97 ini boleh menyerikan dapur anda. - Foto PINDUODUO

Ingin menyuntik nafas baharu ke dapur anda?

Set pinggan mangkuk yang comel boleh menjadi permulaan yang baik.

Sama ada ketika memasak atau menikmati hidangan di rumah, perkakas ini mampu menceriakan pengalaman harian anda. 

Vakum, $1.33

Vakum kecil ini berharga $1.33 bagi membantu membersihkan rumah.
Vakum kecil ini berharga $1.33 bagi membantu membersihkan rumah. - Foto PINDUODUO

Dengan habuk dan jerebu yang menyukarkan usaha anda menjaga kebersihan, memiliki vakum mini di rumah sangat membantu.

Vakum ini sesuai untuk membersihkan kawasan meja, bilik tidur atau sudut lain yang mudah berhabuk, membantu dalam memastikan ruang anda sentiasa bersih.

Selipar rumah, $1.35

Sepasang selipar rumah berharga $1.35 berbaloi dimiliki.
Sepasang selipar rumah berharga $1.35 berbaloi dimiliki. - Foto PINDUODUO

Selesa dan comel, sepasang selipar rumah yang baik adalah berbaloi untuk dimiliki, lebih-lebih lagi jika anda memakainya setiap hari di rumah.

Dengan harga serendah ini, memang sukar untuk menahan diri daripada memasukkan sepasang selipar rumah ke dalam troli beli-belah.

Kipas angin meja, $2.86

Kipas angin kecil yang boleh diletakkan di atas meja berharga $2.86, dapat membantu anda kekal nyaman sepanjang hari. 
Kipas angin kecil yang boleh diletakkan di atas meja berharga $2.86, dapat membantu anda kekal nyaman sepanjang hari.  - Foto PINDUODUO

Dengan cuaca panas di Singapura, kipas tambahan di rumah memang berguna.

Sama ada ketika membuat kerja di meja atau berehat di bilik, kipas kecil ini membantu anda kekal nyaman sepanjang hari. 

Kusyen, $1.64

Kusyen ini yang berharga $1.64, boleh menambah keselesaan pada kerusi kerja anda.
Kusyen ini yang berharga $1.64, boleh menambah keselesaan pada kerusi kerja anda. - Foto PINDUODUO

Jika anda banyak menghabiskan masa duduk di meja, kusyen ini boleh menambah keselesaan pada kerusi anda, sama ada di rumah atau pejabat.

Pada harga hanya $1.64, ia adalah cara mudah dan berpatutan untuk menaik taraf ruang kerja anda tanpa perlu berbelanja besar. 

Meja lipat, $2.01

Meja lipat ini yang berharga $2.01 sangat berguna dan mudah disimpan.
Meja lipat ini yang berharga $2.01 sangat berguna dan mudah disimpan. - Foto PINDUODUO

Sebuah meja dijual pada harga $2.01 sahaja? Itu memang satu tawaran hebat!

Sudah tentu, kami belum dapat mengesahkan mutunya, namun dengan lebih 8,000 ulasan positif, nampaknya ramai pembeli yang berpuas hati. 

Kotak simpan barang kemas, $1.53

Kotak simpan barang kemas yang berharga $1.53 ini dapat memastikan aksesori anda sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari. 
Kotak simpan barang kemas yang berharga $1.53 ini dapat memastikan aksesori anda sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari.  - Foto PINDUODUO

Jika barang kemas anda sering bersepah atau ‘hilang’ di dalam laci, kotak simpanan ini mungkin penyelesaiannya.

Ia membantu untuk memastikan aksesori sentiasa kemas, tersusun dan mudah dicari. 

Jumlah keseluruhan

Dengan sebanyak lapan barang keperluan harian di dalam troli, jumlah keseluruhannya hanya $12.24, bersamaan purata sekitar $1.53 setiap barang!

Harga yang sangat murah. Malah, boleh dikatakan satu tawaran yang cukup berbaloi! 

Jika anda gemar tawaran murah dan membeli-belah, Pinduoduo mungkin bakal menjadi aplikasi kegemaran anda.

Dengan pelbagai barangan pada harga berpatutan, memang mudah untuk rambang mata! 

Namun, pastikan anda berbelanja mengikut bajet dan menyemak ulasan produk sebelum membeli.

Lagipun, barangan murah hanya berbaloi jika benar-benar digunakan.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti