Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

9 usahawan wanita satu hati jual produk, khidmat gaya hidup di FabMarket

Butik busana dan aksesori kendalian Fatimah Mohsin kembali ligat selepas pandemik
Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Semangat keusahawanan yang dikongsi oleh sembilan usahawan wanita telah mendorong mereka untuk sama-sama menawarkan pelbagai produk dan khidmat gaya hidup di bawah satu bumbung di FabMarket.

FabMarket merupakan usaha niaga atau butik usahawan dan jurudandan yang tidak asing lagi, Cik Fatimah Mohsin, yang terletak di Arab Street.

Ia menawarkan pelbagai produk pakaian, aksesori dan gaya hidup termasuk Propupstore, Diyana Halik, Ezgoin, Modest Squad, Mylamoza, Emray, DropFragrances dan Theory of Two.

“FabMarket ditubuhkan pada 2020. Malah hanya dalam tempoh seminggu pembukaan, kami berdepan dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19.

“Ini menyebabkan FabMarket terpaksa berhenti buat sementara waktu selepas menghadapi pelbagai cabaran seperti kekurangan tenaga kerja,” kongsinya.

Bersama dengan adik bongsunya, Cik Hannan Mohsin, mereka memutuskan untuk menumpukan pada bidang dandanan rambut mereka, The Right Look, selama dua tahun dan telah memperoleh pelanggan setia.

“Apabila pajakan dua tahun hampir tamat, saya berbincang dengan pemilik hartanah tentang rancangan kami untuk memindahkan salun rambut ke tingkat dua dan hasrat kami untuk mempunyai ruang berbilang label di tingkat pertama,” ujarnya lagi.

Pada 15 Julai lalu, FabMarket membuka pintunya sekali lagi dengan mengetengahkan pelbagai pilihan produk.

Dengan itu, Cik Fatimah telah menghubungi rangkaiannya seperti usahawan jenama hijab terkenal, Datin Diyana Halik, yang merupakan isteri pelakon Datuk Aaron Aziz, jika beliau berminat menjadi sebahagian daripada FabMarket.

“Saya tidak fikir begitu lama untuk menjadi sebahagian daripada FabMarket kerana ia telah lama di fikiran Fatimah dan beliau sering bercakap dengan saya tentang idea ini.

“Jenama Diyana Halik sudah dikenali dengan kehadiran dalam talian kami selama hampir sembilan tahun. Walaupun ia berjalan dengan baik semasa Covid-19, tetapi pelanggan kami sentiasa meminta ejen yang mengedar jenama kami ke kedai fizikal terutamanya kerana mereka ingin menyentuh tekstur produk dan melihatnya sendiri.

“Malah, yang penting mereka ingin membuat pembelian segera dan bukannya menunggu penghantaran yang makan masa,” dedah Datin Diyana.

Beliau berkata menjadi sebahagian daripada kedai berkonsep sebegitu bukan sahaja meluaskan pelanggan yang membeli bahkan memberikan pelanggan pelbagai pilihan semasa membeli-belah.

“Saya memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama tempatan terkenal yang sudah tahu cara menjalankan perniagaan dan juga mempunyai laman web mereka sendiri. Sesetengah jenama sudah mempunyai ruang sendiri manakala ada juga yang tidak,” tambah Cik Fatimah pula.

Melalui bekerjasama dengan beberapa usahawan, mereka boleh memanfaatkan kedudukan jenama masing-masing sambil mempromosikan jenama mereka sendiri dan jenama lain di kedai. Ini mampu untuk menarik perhatian pelanggan.

“Sebagai usahawan buat sekian lama, kami saling memahami bebanan dan cabaran yang kami hadapi. Dengan usaha kerjasama ini, kami boleh membantu antara satu sama lain dan menangani isu seperti kos sewa yang tinggi,” katanya.

Sebagai contoh, jenama Emray, yang mempunyai kedai sendiri di Golden Landmark, berhasrat mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan baru di Arab Street.

Bagaimanapun, harga sewa yang tinggi di kawasan Arab Street telah menghalang mereka daripada berbuat demikian.

“Kini Emray mempunyai ruang kedua bersama kami di mana mereka boleh menjual produk mereka. Ini dapat menangani isu kos sewa yang tinggi, sambil memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan,” tambahnya.

Hanya dalam masa tiga minggu sejak pembukaannya, FabMarket telah menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Beberapa jenama telah menghubungi Cik Fatimah dengan minat untuk bekerjasama dengan FabMarket.

“Disebabkan ruang yang terhad, kami tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Justeru, saya berharap dengan sambutan yang baik, kami dapat mengembangkan kedai ini dan bekerjasama dengan usahawan tempatan baru.”

Impian perancang perkahwinan terkemuka itu adalah untuk mempunyai pasaran dalam talian bagi perniagaan, terutamanya dengan kemunculan semakin ramai usahawan tempatan sejak pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >