Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aamir Khan merajuk apabila filem, ‘Laal Singh Chaddha’ gagal

Feb 19, 2024 | 03:04 PM



Kegagalan filem Laal Singh Chaddha yang merupakan projek istimewa dan nyala rasa bintang Bollywood, Aamir Khan, membawa kesan besar dalam hidup pelakon dan pengarah itu sehingga beliau tawar hati menjayakan filem lain.


Ini didedahkan oleh Kiran Rao, bekas isteri Aamir, dalam satu wawancara bersama Hindustan Times baru-baru ini.


Filem, Laal Singh Chaddha, yang diterbitkan pada 2022 itu diarah Advait Chandan dan turut menampilkan pelakon serba boleh, Kareena Kapoor.


Buat masa ini, Kiran selaku penerbit filem, sibuk mempromosikan filem akan datang, Laapataa Ladies, yang bakal dikeluarkan pada Mac 2024.


Kiran turut ditanya Hindustan Times mengapa Aamir tiada dalam filem, Laapataa Ladies.


Menurutnya, bekas suaminya itu terjejas teruk selepas filem terakhirnya, Laal Singh Chaddha, gagal mengaut untung di pawagam serta mendapat kutipan ‘box-office’ rendah.


Kiran berkata: “Filem itu benar-benar mengecewakan.

“Apabila anda melakukan segalanya tetapi usahanya tidak berhasil. Itulah yang berlaku pada filem, Laal Singh Chaddha. Justeru, ia pasti memberi kesan yang sangat mendalam kepada Aamir.


“Kami semua sememangnya terjejas kerana ia merupakan sebuah projek yang melalui banyak fasa mencabar terutama sekali kerana ia diusahakan semasa pandemik Covid-19.

“Laal Singh Chaddha adalah projek impian dan nyala rasa buat Aamir. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan hak skrip filem yang dipadankan daripada filem Inggeris, Forrest Gump, selama sedekad sebelum kami mengusahakannya. Jadi, ia amat mengecewakan.


“Sungguhpun begitu, saya sangat gembira kerana orang ramai memberi sambutan baik di media sosial (selepas Laal Singh Chaddha disiarkan di wadah penstriman) kerana saya berasakan filem itu tidak dapat meraih banyak peluang keemasan untuk lebih ditonjolkan.


“Ia tidak berjaya dan kami perlu menerima hakikat bahawa penonton tidak menyukainya atau enggan menontonnya.”

Selain Aamir dan Kareena, Naga Chaitanya dan Mona Singh turut menjayakan filem ini.


Pada 2022, Laal Singh Chaddha diterbitkan di Netflix, hanya beberapa minggu selepas tayangan di pawagam pada Ogos 2022.


Biasanya, apabila filem ditayangkan di wadah penstriman, bintang filem itu akan melakukan satu lagi pusingan promosi atau temu bual dan menghantar promosi media sosial untuk menambah keghairahan ramai mengenai tayangan filem itu.

Walau bagaimanapun, keadaan sunyi sepi. Aamir dan Kareena tidak berkongsi apa-apa tentang filem itu di media sosial.

Sebaliknya, filem itu mendapat panggilan boikot daripada orang ramai disusuli dengan sambutan kurang menggalakkan dari segi kutipan ‘box-office’.

Usulan memboikot filem itu dikatakan berlaku selepas satu wawancara bersama Aamir pada 2015.

Ketika itu, beliau menjelaskan bahawa Kiran yang masih isterinya pada waktu itu, mengusulkan agar mereka berpindah dari India menyusuli meningkatnya sentiman enggan bertolak ansur di India.

Namun, pasangan itu kemudian kembali betah di India sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >