Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Twinkle Khanna lega tamat ijazah sarjana tanpa dilayan sebagai selebriti

Feb 19, 2024 | 03:49 PM



Bekas pelakon Bollywood yang kini penulis buku, Twinkle Khanna, lega tiada yang mengenalinya sewaktu mengikuti program Sarjana Penulis Cereka di Goldsmiths, Universiti London pada 2022.

Beliau yang sudah tamat pengajian dan memuatnaikkan gambar bersama suaminya, pelakon dan penerbit filem, Akshay Kumar, menganggap pengalaman menuntut di universiti dan dilayan seperti siswi biasa dan bukan selebriti amat menenangkan.

Baru-baru ini, pengalamannya tamat pengajian di universiti berkenaan dikongsi di Instagram.

Beliau turut diwawancara laman web, Hello Magazine.

Menurut Twinkle, 50 tahun, beliau terpaksa menghasilkan biodatanya sendiri, berdiri dan memperkenalkan dirinya di dewan kuliah.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam kelas saya yang mengenali sejarah saya dalam dunia perfileman dahulu. Saya pasti lega sebab tiada warga India dalam kursus saya kecuali seorang wanita yang berketurunan Kashmir dan menetap di Chicago.

“Seperti pelajar lain, saya dikehendaki menghasilkan biodata saya, berdiri dan memperkenalkan diri saya. Saya diminta untuk mencipta jenaka tentang nama saya dengan menggunakan penulisan berbaur kesusasteraan.

“Untungnya, ada penulis bernama Jhumpa Lahiri yang menghasilkan buku, The Interpreter of Maladies, di mana ada watak bernama Twinkle dalam karyanya itu. Ia menjadi jenaka yang mencuit hati,” katanya.


Beliau juga menambah: “Saya bimbang dengan siapa saya akan berjalan di koridor kelak dan dengan siapa saya akan makan tengah hari.

“Apabila profesor saya menugaskan tiga orang termasuk saya menyampaikan tugasan kami sebagai sebuah kumpulan, kami pun makan tengah hari bersama-sama.

“Lantas, kami menjadi kawan dan sejak itu, saya tidak pernah makan tengah hari seorang diri lagi. Saya mendapat ramai kawan baru yang baik-baik belaka.”

Akshay, 56 tahun, dalam hantaran di laman X (dahulu Twitter) pula menganggap isterinya wanita luar biasa atau ‘superwoman’!

“Dua tahun lalu, apabila Twinkle memberitahu saya beliau ingin memburu ijazah sarjana dan kembali ke universiti sekali lagi, saya tertanya-tanya sama ada beliau benar-benar ikhlas (dengan kata-kata itu).

“Tetapi semasa saya melihatnya bekerja begitu keras dan menguruskan kehidupan pelajar yang diseimbangkan dengan tugasan di rumah, kerjayanya, mengurus makan pakai saya dan anak-anak, saya tahu saya telah berkahwin dengan seorang wanita hebat.

“Hari ini sempena hari tamat pengajian Twinkle, saya juga berharap saya telah mempelajari sesuatu tentang erti kebanggaan seorang suami terhadap pencapaian isterinya.

“Tahniah dan segala cintaku (padamu) Tina (panggilan manja buat Twinkle),” tulis Akshay di laman X.

Twinkle telah mendaftarkan namanya di universiti Britain itu pada 2022.

Sebelum ini, beliau merupakan bekas pelakon yang terkenal dalam filem, Barsaat, Baadshah, Jodi No 1 dan Mela.


Baru-baru ini, beliau juga mengeluarkan novel baru berjudul, Welcome To Paradise.


Twinkle dan Akshay telah berkahwin selama lebih 23 tahun dan baru-baru ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Mereka juga ibu bapa kepada seorang anak lelaki, Aarav, 21 tahun, dan anak perempuan, Nitara, 11 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >