Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aaron bingit suara, foto dimanipulasi dengan AI dalam sindiket penipuan

Apr 01, 2024 | 05:52 PM



Datuk Aaron Aziz membuat laporan polis terhadap pemilik akaun TikTok yang didakwa menggunakan suara dan foto dirinya melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sindiket penipuan.

Aaron atau nama penuhnya, Aaron Mustapha Aziz, turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perbuatan yang sama.

“Selepas buat laporan polis, mereka kata saya kena rujuk kepada MCMC. Sekarang, belum ada apa-apa perkembangan lagi.

“Proses ini mengambil masa sebab MCMC hendak kesan alamat protokol Internet (IP). Saya ada hantar wakil ke kilang terbabit dan mereka beritahu ada ramai agen dan ahli gabungan.

“Pihak terbabit menggunakan suara dan foto saya untuk menjual kemeja-T jenis polo. Ibaratnya, saya yang bercakap, tetapi, bukan saya,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem, The Experts, di Glenmarie Hotel & Golf Resort baru-baru ini.


Aaron menyedari perbuatan itu apabila ada pengguna bertanya mengenai produk terbabit dan apakah beliau memiliki kilang baju.

“Ketika kali pertama berlaku, saya sudah beri amaran. Ketika itu, dia padam dan sekarang, buat baik,” katanya.

Akibat kejadian itu, ia sedikit sebanyak menjejas reputasi Aaron yang dianggap penipu.

“Sebelum ini sudah terjadi kes penipuan seperti itu tetapi saya sudah memberi amaran untuk mereka padam hantaran yang dibuat. Tapi tengok-tengok mereka buat balik.

“Mereka buat promosi satu kemeja-T berharga RM1 ($0.29). Tak masuk akal kan? Nama saya juga terpalit, orang ingatkan saya ‘scam’ pelanggan,” kata Aaron dalam laporan laman web, MStar Online.

Pada 11 Mac, Aaron membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan.

Buat masa ini, Aaron sedang mempromosikan filem yang dibintangi, The Experts, yang mengisahkan tentang sekumpulan adik-beradik perompak.


Selain Aaron, filem tersebut menampilkan Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su dan Hasnul Rahmat.

Filem itu bakal menemui penonton di pawagam mulai 23 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >