Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Berwaspada terhadap penipu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lindungi data dan wang anda dengan mengamalkan
keselamatan siber yang baik

Berwaspada terhadap penipu

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)
Apr 03, 2024 | 10:15 AM



Waktu senja merupakan masa Encik Ng Jia Xiang, 38 tahun, berehat dengan permainan video. Namun, apa yang berlaku pada petang 2021, membuat beliau resah.

“Saya tidak dapat log masuk sama sekali. Yang pelik, baru-baru ini juga, saya tidak menukar kata laluan saya,” kata pereka laman web bebas itu. Beliau tidak menukar kata laluannya, tetapi orang lain telah melakukannya – tanpa beliau ketahui siapa, bagaimana atau bila.

“Saya menjadi sangat paranoid,” katanya, sambil menambah bahawa beliau sebelum ini menerima pemberitahuan log masuk e-mel yang tidak diketahuinya.

Sejak itu, Encik Ng telah menjalankan imbasan antivirus mingguan pada komputer dan telefon bijaknya, dan melakukan pengesahan dua faktor (2FA) sebaik mungkin. Beliau juga mula menggunakan pengurusan kata laluan untuk menyimpan semua butiran log masuknya dan menjana kata laluan lebih kukuh.

Episod buruk ini terus mengganggu dirinya. “Saya tidak pernah tahu bagaimana ia berlaku dan hanya boleh berharap pelaku tidak mendapat maklumat sensitif. Saya hanya akan cuba memastikan semuanya selamat, disemak dan dikemas kini sekerap mungkin.”

Tindakan Encik Ng selaras dengan saranan ‘keselamatan siber’. Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) yang menyatakan, ‘keselamatan siber’ sebagai amalan baik yang perlu dilaksanakan secara kerap demi mengekalkan keselamatan digital, peranti, sistem rangkaian serta data.

____________________________________________________________________

4 CARA KEKALKAN KESELAMATAN SIBER


* Gunakan Pengesahan 2 Faktor (2FA), seperti kata laluan sekali daripada token digital/SMS dan menggunakan frasa kata laluan yang kukuh sekurang-kurangnya 12 abjad, dengan gabungan nombor, simbol dan huruf besar/kecil. Jangan gunakan kata laluan yang sama bagi akaun berbeza.


* Berwaspada dengan penipuan pancingan data dengan mengesahkan ketulenan e-mel, panggilan atau permintaan melalui sumber rasmi dan semak dengan teliti bersama keluarga dan teman-teman.


* Kemas kini sofwe dengan kerap secara automatik. Semak dan padam aplikasi yang tidak diperlukan.


* Masukkan aplikasi ScamShield dan antivirus daripada laman aplikasi rasmi, dan rujuk senarai aplikasi keselamatan lain yang disarankan oleh CSA di go.gov.sg/antivirusapps


____________________________________________________________________

“Mengamalkan keselamatan siber yang baik membolehkan kita menyelamatkan data peribadi dan barangan berharga lain daripada ‘dicuri’ oleh penjenayah siber,” kata Encik Henry Tan, timbalan pengarah Pusat Kejuruteraan Keselamatan Siber, CSA.

“Penting bagi setiap orang mengikuti perkembangan trend penipuan kerana penjenayah siber sentiasa memikirkan cara baru untuk menipu mangsa.”

Beliau menambah bahawa pengguna boleh mengikut saranan CSA dan mengikut akaun media sosial mereka (butiran di csa.gov.sg) dan lungsuri laman Scam Alert (scamalert.sg) bagi mendapatkan maklumat terkini.

Namun, tidak semua orang mengamalkan keselamatan siber yang baik, menurut Tinjauan Kesedaran Awam Keselamatan Siber CSA pada 2022, yang meninjau 1,051 responden berumur 15 tahun ke atas.

Lebih ramai telah menggunakan 2FA (35 peratus) dan memasang aplikasi keselamatan siber (50 peratus) berbanding dengan yang ditinjau pada 2020 (masing-masing 22 peratus dan 39 peratus).

Tetapi terdapat penurunan dalam pengguna yang dapat mengenal pasti kata laluan yang kukuh (54 peratus, turun daripada 56 peratus) dan mereka yang melakukan kemas kini perisian tepat pada masanya (27 peratus, turun daripada 30 peratus).

Bagi meningkatkan perlindungan terhadap penipuan, CSA melancarkan dua daya usaha pada tahun ini.

Aplikasi Standard yang Selamat, dilancarkan pada Januari, menyediakan penanda aras dan panduan untuk pembangun dan penyedia aplikasi tempatan bagi melindungi aplikasi mereka jika berdepan dengan perisian hasad dan percubaan pancingan data biasa. Langkah ini termasuk mempunyai mekanisme pengesahan selamat untuk mengesahkan identiti pengguna serta menghalang akses tanpa kebenaran.


“Kami menggalakkan pereka aplikasi yang dicipta dan dihoskan di Singapura agar mengamalkan standard ini, terutama untuk aplikasi dengan transaksi kewangan yang berisiko tinggi,” kata Encik Tan.

Ciri perlindungan penipuan yang dipertingkatkan dalam Google Play Protect untuk pengguna telefon bijak Android yang dilancarkan bulan lalu, dengan kerjasama Google, menyekat pemasangan aplikasi yang tidak berdaftar dengan Google dan diedarkan melalui sumber dari Internet seperti pelayar (browser) dan aplikasi pesanan.


Ciri ini akan menilai dan menyekat aplikasi, jika kebenaran sensitif, seperti akses kepada SMS, diminta.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >