Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara menarik jelang Raya

Apr 3, 2024 | 6:03 PM
Pertunjukan cahaya terakhir yang dipamerkan di Masjid Sultan akan berlangsung pada 5 April.
Pertunjukan cahaya terakhir yang dipamerkan di Masjid Sultan akan berlangsung pada 5 April. - Foto DOUBLEVSTUDIOS

Pertunjukan cahaya terakhir di Masjid Sultan

Saksikan pertunjukan cahaya terakhir yang dipamerkan di Masjid Sultan pada bulan Ramadan, 5 April, mulai 8 malam.

Nikmati juga keindahan cahaya lampu yang dinyalakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh: 5 April

Waktu: Mulai 8 malam

Tempat: Masjid Sultan, Kampong Gelam

Masuk percuma

Pelbagai hiburan di WGS

Kunjungi Wisma Geylang Serai (WGS) pada hujung minggu terakhir sebelum Hari Raya untuk membeli-belah dan menikmati pelbagai persembahan menghiburkan.

Saksikan persembahan daripada Dolla, Imran Ajmain, Floor 88, Naqiu dan OKLETSGO. Selain itu, ada juga podcast, Warna-Warni Kehidupan, yang diadakan secara langsung, persembahan dikir barat oleh Geylanggang Dikir dan pertunjukan fesyen.

Buat julung-julung kalinya, pengunjung boleh mendengar takbir pada malam Raya di WGS.

Tarikh: 5 hingga 9 April

Waktu: 8 hingga 10 malam

Tempat: Wisma Geylang Serai

Masuk percuma

Dolla akan membuat persembahan di Wisma Geylang Serai pada hujung minggu terakhir sebelum Hari Raya.
Dolla akan membuat persembahan di Wisma Geylang Serai pada hujung minggu terakhir sebelum Hari Raya. - Foto BH
Saksikan penyanyi, Imran Ajmain, membuat persembahan di Wisma Geylang Serai.
Saksikan penyanyi, Imran Ajmain, membuat persembahan di Wisma Geylang Serai. - Foto fail

Pameran bunga azalea

Kawasan ‘Cloud Forest’ dihiasi dengan pameran bunga baru, ‘Azaleas of Shangri-La’, yang memaparkan lebih 15 jenis bunga azalea dalam rona terang.
Kawasan ‘Cloud Forest’ dihiasi dengan pameran bunga baru, ‘Azaleas of Shangri-La’, yang memaparkan lebih 15 jenis bunga azalea dalam rona terang. - Foto GARDENS BY THE BAY

Jika anda mencari ketenteraman, apa kata anda menikmati kecantikan pameran bunga terbaru di Gardens by the Bay?

Kawasan Cloud Forest kini dihiasi dengan pameran bunga baru, Azaleas of Shangri-La, yang memaparkan lebih 15 jenis bunga azalea dalam rona terang seperti merah jambu, oren, kuning dan krim, berlatarbelakangkan ‘gunung Himalaya’.

Pameran bunga itu dilengkapi dengan koleksi tumbuhan yang digunakan bagi perubatan tradisional seperti lingzhi, cordyceps, beard moss dan safron, serta bunga-bunga asli yang boleh ditemui di kawasan Himalaya.

Selain itu, anda juga boleh menyertai pelbagai kegiatan anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) yang diadakan di Gardens by the Bay.

Salah satu kegiatan yang bakal bermula pada 9 April ialah Rolling Good Times, satu program untuk membantu golongan warga emas mengurangkan risiko kecederaaan sekiranya terjatuh.

Program selama enam minggu itu akan membantu peserta membina kekuatan otot, memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan fleksibiliti.

Peserta boleh membuat pendaftaran menerusi aplikasi Healthy 365.

Tarikh: 9 April hingga 5 Mei

Waktu: 9 pagi hingga 9 malam

Tempat: Cloud Forest, Taman di Persisiran

Tiket: Bayaran masuk ke Cloud Forest dikenakan. Layari laman web, www.gardensbythebay.com.sg/azaleas untuk butiran lanjut.

Soulful Serenade oleh Sarah Syazlina

Pemuzik muda, Sarah Syazlina, yang sedang melanjutkan pengajian diploma dalam muzik dari Maktab Seni Lasalle, akan mendendangkan lagu dengan irama pop, R&B, dan balada.

Sarah akan membuat persembahan dengan iringan pemuzik sesi berbakat.

Kini, Sarah sedang membuat persediaan bagi EP pertama beliau dengan ‘single’, Jangan Bilang, pada Mei.

Tarikh: 6 April

Waktu: 5.45 petang, 6.45 petang dan 7.45 malam

Tempat: Esplanade Concourse, Esplanade – Teater di Persisiran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg