Bukan satu tetapi dua acara menampilkan bintang Indonesia kacak, Afgansyah Reza, di Singapura pada 2024.
Setelah mengadakan persembahan jelajah, Sonder Asia Tour (Album Showcase), untuk mempromosikan albumnya di The Star Gallery pada 13 September, Afgan muncul pula dengan konsert berskala besar, An Evening With Afgan, pada 15 November di The Star Theatre.
Konsert yang juga merupakan anjuran SAH Entertainment itu akan menampilkan lagu hit Afgan, 35 tahun, seperti Terima Kasih Cinta, Bunga Terakhir, Jangan Lupakan dan Sampai Jumpa.
Tiket bagi acara konsert sudah mula dijual di laman web, kaunter dan talian Sistic sejak 2 September.
Tiket temu mesra (VVIP) berharga $228 sudah laris dijual.
Masih ada tiket berharga $168 (VIP); $148 (Diamond); $128 (Platinum); $98 (Gold); $88 (Silver) dan $78 (Bronze, pandangan terbatas) yang boleh ditempah.
Konsert selama dua jam itu dijangka akan mengembalikan nostalgia ramai pada lagu-lagu jatuh cinta, putus asa dan penuh inspirasi Afgan, yang memulakan kerjaya seninya pada 2008.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg