Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Afgan nafi jiwa romantis malah gemar dunia ‘gelap’

Jun 5, 2023 | 5:30 AM
KINI BEBAS CORAK KARYA: Setelah 15 tahun dalam industri muzik, Afgan tidak lagi terikat pada lagu yang diinginkan label rakaman.
KINI BEBAS CORAK KARYA: Setelah 15 tahun dalam industri muzik, Afgan tidak lagi terikat pada lagu yang diinginkan label rakaman. - Foto INSTAGRAM AFGAN

LAGU cinta menyentuh jiwa yang biasa didendangkan penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza, sering membuatkan peminatnya berasakan beliau antara jejaka Indonesia paling romantis.

Bagaimanapun, Afgan yang baru menyambut ulang tahunnya ke-34 pada 27 Mei, menafikan itu sifatnya.

Malahan, beliau tidak mahu peminatnya terkejut jika beliau menyatakan dirinya bak memiliki hati yang ‘kering’ kerana lebih senang dengan kegelapan yang dipapar dalam filem seram.

“Saya suka tengok filem seram yang secara ironinya membuat saya tenang untuk selanjutnya tidur. Orang mungkin sangka Afgan romantis tetapi saya perlu nyatakan ada sisi gelap dalam jiwa saya sehinggakan filem seram boleh bikin saya relaks. Saya suka tonton adegan berdarah,” kata pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu dalam program sembang Hype Pisan With Armand Maulana di YouTube baru-baru ini.

Dalam rancangan di mana Afgan bersembang santai tetapi sempat tertekan dengan soalan penyanyi Armand Maulana, 52 tahun, penonton mendengar segala yang terbuku dalam hati Afgan yang jarang dibincangkan sebelum ini.

Afgan percaya pada peluang kedua kerana akui setiap manusia ingin belajar daripada tamparan kehidupan yang membuatnya ingin berubah daripada kesilapan.

Justeru, beliau ingin sangat berlakon semula setelah lama meninggalkan dunia lakonan kerana berasakan dirinya kurang bagus dalam kesenian itu.

“Memang sebelum ini ada tawaran berlakon tetapi saya hanya berani melakukannya tahun ini. Ada perancangan nak berlakon dalam siri drama. tetapi belum lagi berkesempatan kerana kesibukan dengan menghasilkan muzik baru,” ujarnya yang sebelum ini berlakon dalam filem Refrain dan Cinta 2 Hati.

Armand bertanyakan Afgan soalan berat mengenai lagu yang tidak disukai. Lama juga Afgan ingin menjawab tetapi akhirnya berkata Jodoh Pasti Bertemu yang diubah macam mana pun akan tetap kedengaran sama sahaja.

Watch on YouTube

“Saya sudah 15 tahun terlibat dalam industri seni Indonesia. Ada lagu yang selalu dinyanyikan sehingga saya terasa bosan. Dahulu saya memang bingung dan setakat ikut sahaja apa yang dimahukan untuk saya jadi artis.

“Tapi kini saya ada pandangan sendiri mengenai jenis muzik apa yang harus saya sajikan buat ramai. Terima Kasih Cinta adalah lagu pertama yang saya rakam. Awalnya, memang saya tak mahu nyanyi lagu ini. Tapi sebab saya tak tahu apa-apa dan belum mengerti lagi tentang dunia muzik, arah muzik saya dikawal rapi.

“Sebenarnya, saya lagi suka nyanyi lagu jaz dan R&B ala-ala Norah Jones. Kerana saya terlalu stres tidak dapat ikut cita rasa saya, saya sempat dirawat di hospital. Walhal, saya jarang sakit sebegitu teruk. Semuanya gara-gara stres.” cerita Afgan.

Watch on YouTube

Afgan akui kini lebih nyaman dengan penjenamaan baru dirinya yang lebih berani mengemukakan muzik yang bikin dirinya bahagia.

Watch on YouTube

“Kalau dahulu harus fikir bagaimana nak dapatkan single yang ‘ngetop’ selepas ini. Kali ini, apabila saya rakam lagu di Amerika dan United Kingdom, saya terasa seperti budak baru yang mahu rasa pecutan adrenalin. Apabila bersama karyawan seni sehebat di negara Barat, saya cukup kagum dan kembali belajar lagi daripada mereka,” tambahnya.

Situasi memang sudah jauh berubah kini. Moga Afgan terus mekar dengan karyanya buat generasi mendatang tanpa mengabaikan kekuatannya dalam muzik balada.

Laporan berkaitan
Afgan pernah dirompak di ASJan 23, 2022 | 10:40 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg