Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Agensi SM Entertainment perkenal empat artis baru

Feb 14, 2024 | 06:32 PM



Agensi K-pop terkemuka, SM Entertainment, akan memperkenalkan empat artis K-pop baru termasuk NCT Wish pada 2024, lapor laman web, The Korea Herald.

NCT Wish akan membuat penampilan pertama pada konsert label, SMTown Live, yang dijadual berlangsung di Tokyo Dome, Jepun, pada 21 Februari, jelas SM Entertainment.


NCT Wish merupakan kumpulan unit sampingan terakhir kumpulan Korea Selatan, NCT.

Sub-unit lain termasuk NCT U, NCT 127, NCT Dream dan WayV.

SM juga berhasrat melancarkan kumpulan wanita baru, naevis.

Ini merupakan artis maya pertamanya yang dianggap pembantu kumpulan wanita, aespa, di dimensi alternatif SM dikenali sebagai ‘Kwangya’, serta sebuah kumpulan lelaki K-pop British.

Pada 2023, SM mengumumkan bahawa ia akan melancarkan kumpulan lelaki di United Kingdom dengan kerjasama agensi hiburan British, M&B.

M&B diketuai Nigel Hall, penerbit pertandingan realiti British, The X Factor dan Britain’s Got Talent.


SM dan M&B merancang untuk menerbitkan siri televisyen enam episod yang menampilkan kisah tentang bagaimana kumpulan K-pop akan datang yang terdiri daripada jejaka British dihasilkan.

SM juga bekerjasama dengan 84 komposer muzik tempatan pada 2024 melalui gabungan bersama syarikat penerbitan muzik, Kreation Music Rights, bagi meluaskan lagi jangkauan mereka ke luar negara.

“Tahun ini (2024), kami akan menubuhkan cawangan Amerika Syarikat, Kreation Music Rights, bagi merekrut komposer Amerika.

“Kami merancang mengadakan sekurang-kurangnya dua perkhemahan lagu berskala besar untuk memaksimumkan keupayaan penerbitan (artis kami),” kata agensi itu.

Beberapa artis utama SM akan mengeluarkan album baru pada suku kedua tahun ini.


Kededua anggota NCT, Taeyong dan Ten, akan mengeluarkan album solo masing-masing Februari ini.


Wendy daripada kumpulan wanita, Red Velvet, bakal mengeluarkan EP solonya pada Mac.


NCT Dream pula akan mengeluarkan EP pada Mac juga.


Artis lain yang kembali dalam industri muzik pada suku kedua 2024 termasuk, BoA, Suho daripada EXO, Hyoyeon daripada Girls’ Generation, Doyoung daripada NCT, SHINee, Red Velvet serta WayV.


Turut dijadualkan diterbitkan pada suku kedua 2024 adalah hasil karya NCT Dream, aespa, Super Junior, Super Junior L.S.S. dan konsert solo NCT Ten.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >