Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ahmad Tarmimi dinobat Pelakon Lelaki Terbaik Asean

Aug 07, 2023 | 04:52 PM



Kemenangan trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023, memberi pengertian bermakna buat pelakon veteran handalan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Beliau yang menerima pengiktirafan pada usia 74 tahun menerusi filem Perjalanan Pertama yang juga naskhah usaha sama Malaysia dan Indonesia bukan sahaja melonjak kredibiliti di peringkat Asean, malah mencatat sejarah dalam kerjaya lakonan sepanjang lebih empat dekad.


Selain julung kali menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik, filem Perjalanan Pertama juga menyaksikan pengalaman kali pertama Ahmad Tarmimi diangkat sebagai ‘hero’ filem dalam usia emas.


Ahmad Tarmimi menganggap keputusan saat akhir terbang ke Kuching, Sarawak menghadiri AIFFA 2023 meskipun tanpa undangan rasmi ternyata berbaloi apabila naik ke pentas mengambil trofi kemenangannya di peringkat Asean itu.

“Sukar saya gambarkan kegembiraan apabila dapat mengambil sendiri trofi kemenangan dalam keadaan masih sihat. Ini adalah kemenangan pertama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selepas lebih empat dekad berjuang dalam industri seni.

“Lebih manis, filem Perjalanan Pertama terbitan Mahakarya Pictures dan D’ Ayu Pictures juga adalah naskhah pertama saya mendapat kepercayaan watak hero. Itu yang membuatkan kemenangan ini cukup bermakna buat saya. Jujurnya, saya hanya pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Pemburu, Anak Sarawak dan Abang selama ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Bagaimanapun, kata Ahmad Tarmimi, kemenangan tidak akan menjadi miliknya sekiranya pengarah Indonesia, Arief Malinmudo, tidak melihat bakat yang dimiliki.

Katanya, Arief beriya-iya mahukannya membawakan watak Tan iaitu datuk kepada seorang cucu bernama Yahya lakonan pelakon kanak-kanak Indonesia, Muzakki Ramdhan.

“Semestinya kemenangan ini didedikasikan kepada Arief kerana nampak bakat saya dan berani menawarkan saya watak hero filem. Beliau tidak akan mengarah filem ini jika saya tidak mahu berlakon. Arief nampak saya sejak 2017 dan simpan hasrat mahu bekerjasama dengan saya.

“Saya terima lamaran pada 2019, namun setahun kemudian barulah masuk set penggambaran,” katanya yang berharap kemenangan itu bakal membuka peluang lebih luas buatnya.

Ahmad Tarmimi berkata, beliau tidak kisah tidak pernah ditawarkan watak hero filem di Malaysia, mungkin belum rezeki mendapatkan peluang.

“Saya tak pernah kecil hati biarpun watak hero filem hanya hadir pada usia 70 tahun. Alhamdulillah, akhirnya saya genggam kejayaan besar dalam usia emas,” katanya.

Diperkenalkan menerusi filem Permintaan Terakhir pada 1975, Ahmad Tarmimi berterima kasih kepada penganjur AIFFA 2023 yang mengiktiraf bakatnya biarpun dirinya hanya mengetahui mengenai pencalonan sehari sebelum malam kemuncak berlangsung di Old Courthouse Kuching, Jumaat lalu.


Katanya, biarpun terpaksa mengeluarkan kos penerbangan dan penginapan sendiri, namun merasakan pengorbanannya berbaloi.

Menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Ahmad Tarmimi menewaskan Andrew Ramsay menerusi filem Ginhawa (Filipina), Tommy Alejandrino (The Baseball Player - Filipina), Huy Yaleng (Father’s - Kemboja) dan Amerul Affendi (Prebet Sapu - Malaysia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >