Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gelaran Datuk dorong Fauziah Nawi tingkat sumbang karya seni bermutu

Bintang veteran kenang pesan arwah ayah agar gigih berusaha setelah mula nyala rasa
Jul 05, 2023 | 12:38 PM



Bintang veteran, Fauziah Nawi, 69 tahun, mengenangkan bapanya yang tidak memberinya keizinan untuk berkecimpung dalam bidang seni, namun berpesan agar beliau tidak pernah menyerah setelah memulakan sesuatu usaha.

Kata-kata itu terpahat di fikirannya apabila beliau dikurniakan dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pemberian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah yang diterimanya pada Selasa.

Fauziah berlapang dada apabila orang seni sepertinya mendapat pengiktirafan dan menerima tanggungjawab yang diberikan untuk menyumbang karya yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberi erti dan makna yang cukup indah buat saya.

“Pada awalnya, bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur pakaian seragam bagi majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu.

“Sejujurnya, saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa, namun saya bersyukur menerima pengiktirafan ini ketika masih hidup.

“Apa yang pasti, ini adalah tanggungjawab besar untuk saya terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang. Inilah perjuangan saya dan kata-kata itu sentiasa jadi pegangan,” katanya kepada Harian Metro.


Fauziah turut risau akan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan, namun bersyukur majlis istiadat berjalan lancar.

Sultan Abdullah mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Izham Ismail dan Fauziah Nawi.

Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara.

Tahun lalu, Fauziah menerima Diploma Arahan dan Penyelarasan Filem dari Akademi Kreatif Meatech.

Beliau nyaris-nyaris berhenti separuh jalan kerana komitmen tugas dan kepayahan memberi tumpuan apabila kembali ke bilik darjah selepas lama meninggalkan bangku sekolah.

“Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang saya peroleh, saya langsung mula bertugas.

“Bayangkan betapa sukarnya nak balik ke bilik darjah pada usia sebegini. Menyiapkan tugasan dan membuat penyampaian bukanlah sesuatu yang saya biasa lakukan.

“Tapi suka atau tidak, saya perlu siapkan kertas kerja mengikut piawaian akademik sejajar dengan kehendak panel yang menilai,” ujarnya.

Antara sebab beliau teruskan pengajian adalah janjinya kepada arwah ayahnya serta keperluan menambah nilai pada tugasannya selaku pengarah dan mengikut kriteria untuknya menyertai Program Pemerkasaan Keupayaan Kreatif Malaysia (MyCap).

Sebelum ini, beliau memiliki ijazah Sarjana dalam Industri Kreatif (Lakonan) yang diterimanya dari Universiti Terbuka pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >