MANILA: Satu perkongsian kreatif di Facebook baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk ‘menghidupkan’ semula foto-foto lama keluarganya.

Perkongsian oleh pengguna dikenali sebagai Franklin Miano itu dibuat sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-60, namun tidak disangka ia turut menyentuh emosi ribuan penonton di media sosial.