SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aidilfitri yang sepi

Pengguna Berdaftar

Aidilfitri yang sepi

Apr 21, 2024 | 5:30 AM

Aidilfitri yang sepi

Seorang diri, menyepi di tepi pantai.
Seorang diri, menyepi di tepi pantai. - Foto ST

Kekadang Aidilfitri itu masih sepi
Bak kematian hati-hati yang suci
Mengarah mencongak silap salah
Bagai hati sejernih air masih keruh
Hati seputih awan masih mendung
Hati seindah bulan masih gerhana
Hati sesuci Imam masih mendendam

Kekadang Aidilfitri itu masih sepi
Dek tetangan yang enggan berjabat
Kekata tomahan masih tusuk tepat
Wujud kesumat terlipat ketat
Junjung sanjung akrab
Sulaman abjad-abjad khianat

Kekadang Aidilfitri itu masih sepi
Dek kepulangan ayah bonda
Tamat khidmat keramat Penyambung keredaan Ilah
Melambak rezeki Maha Memberi
Penenang hati yang dikeji

Laporan berkaitan
KebayaDec 10, 2023 | 4:18 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg