Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aina Abdul patah hati dengan janji palsu, keluar bajet sendiri buat konsert

Sep 13, 2024 | 4:04 PM
Aina Abdul bermandi keringat dan air mata untuk melaksanakan konsert jelajahnya kerana tidak semudah mana mendapatkan penaja.
Aina Abdul bermandi keringat dan air mata untuk melaksanakan konsert jelajahnya kerana tidak semudah mana mendapatkan penaja. - Foto fail

Janji palsu dan kesukaran mendapatkan tajaan hampir membuatkan penyanyi, Aina Abdul, patah hati hingga tidak ingin mengadakan konsert.

Namun, penyanyi lagu, Jangan Mati Rasa Itu, mengakui bersyukur dikelilingi keluarga dan pasukan yang sentiasa bersemangat sehingga hasrat mengadakan konsert jelajah, Aina Abdul Imaji Tour, akhirnya direalisasikan biarpun terpaksa mengeluarkan bajet sendiri.

Mengenang liku-liku yang dilalui itu menyebabkan Aina, 30 tahun, sukar menahan air mata semasa majlis sidang media yang diadakan pada 9 September.

Sekalipun memiliki nama yang dikenali dengan pelbagai anugerah sudah berada dalam genggaman, tetapi itu bukan laluan mudah baginya mendapatkan kepercayaan penaja.

“Terlalu banyak cabaran apabila berada dalam industri. Dulu tak ada album dan bila sudah miliki album, timbul hasrat untuk mengadakan konsert pula.

“Tapi nak merealisasikan konsert bukannya mudah sehingga hampir dua tahun barulah, Aina Abdul Imaji Tour, terlaksana.

“Saya belajar bahawa bukan mudah nak buat konsert. Tapi walau apapun yang berlaku, penyanyi datang dan pergi, saya katakan pada ‘team’, Aina Abdul Entertainment, perlu terus bertahan,” katanya.

Lantaran kesukaran mendapatkan penaja, Aina mengakui, terpaksa berbohong beberapa kali dengan peminat sehingga tidak tahu apa lagi hendak dijawab setiap kali mereka bertanyakan mengenai konsert.

Menurut Aina, beliau terlalu rapuh dan tidak pandai menyembunyikan kesedihan.

“Syukur saya ada tulang belakang yang suka tengok saya buat persembahan. Mereka nak tengok saya gembira.

“Jadi, pasukan saya banyak membantu melawan segala rasa kecewa dengan cara baik demi nak pastikan konsert tetap diadakan.

“Saya juga bertuah mempunyai abang yang sanggup susah senang dengan saya mengeluarkan bajet. Untung atau rugi, kami tak mahu fikirkan buat masa ini asalkan konsert berjalan.

“Walaupun sasaran nak adakan konsert di 10 lokasi, tetapi akhirnya hanya tiga sahaja yang berjaya, namun saya tetap bersyukur. Mungkin Allah tahu saya belum cukup bersedia,” kongsi Aina lagi.

Aina Abdul Imaji Tour bakal membuka tirai pada 14 Disember ini di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kota Samarahan, Sarawak diikuti Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember.

Seterusnya, ia diadakan di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025.

Walau apa pun kesukaran yang dihadapi Aina, pastinya peminat tegarnya menyokongnya dan ingin melihat nama Aina terus terpahat di puncak carta lagu merata Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg