Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aina ajak peminat ‘Jalan-Jalan Hari Raya’

Apr 8, 2024 | 5:30 AM
‘Jalan-Jalan Hari Raya’ yang menceritakan tentang jelajah seseorang apabila berkunjung serata negeri adalah lagu Hari Raya kelima Aina Abdul.
‘Jalan-Jalan Hari Raya’ yang menceritakan tentang jelajah seseorang apabila berkunjung serata negeri adalah lagu Hari Raya kelima Aina Abdul. - Foto AINA ABDUL ENTERTAINMENT

JALAN-JALAN HARI RAYA

  1. Dendangan Aina Abdul
  2. Ciptaan dan tulisan lirik: Aina Abdul dan Ezra Kong
  3. Klip video di YouTube sudah ditonton lebih 60,000 kali setelah dimuatnaikkan dua minggu lalu

Dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH), Aina Abdul berkata beliau cuba mengusahakan lagu Hari Raya setiap tahun.

Aina sudah menghasilkan lima lagu Lebaran sejauh ini iaitu, Syahdu Di Pagi Syawal, Syukur Lebaran, Gema Raya, Berkunjung Di Hari Raya dan yang terkini, Jalan-Jalan Hari Raya.

Apa yang saya senangi tentang lagu Hari Raya Aina ialah ‘mood’ yang cuba disampaikan serta tulisan lirik yang mempunyai isi bermakna.

Ia bukan untuk suka-suka nak menari dalam aplikasi TikTok.

Aina memberi gambaran tentang orang-orang yang sibuk balik kampung dan mengembara dari satu negeri ke negeri lain untuk berjalan Raya dalam lagu terbaru ini.

Kadangkala diselitkannya dialek sesebuah negeri.

Suasana kecoh nak beraya bagi bertemu keluarga dan sahabat yang sudah lama tidak ditemui dapat dirasakan.

Ia memberi satu gambaran bahawa sebilangan orang juga bagaikan mengembara jauh untuk menikmati musim perayaan.

Apa kata ramai mengenai lagunya ini?

Warganet ssame6625 berkata: “Best-nya! Tapi baru ‘best’ kalau dengar dalam kereta apabila nak balik kampung nanti.”

Lleckzinsca3507 pula menambah: “Ini yang buat rasa nak jalan-jalan satu Malaysia ‘time’ Hari Raya ni!”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg