Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Air Canada lancar penerbangan tanpa henti S’pura-Vancouver

Apr 05, 2024 | 09:20 AM



Pelancong yang ingin ke Canada kini boleh menaiki penerbangan langsung tanpa transit dari Singapura ke Vancouver setelah syarikat penerbangan Air Canada merasmikan penerbangan sulungnya antara kedua-dua negara.

Pesawat Air Canada mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada pagi 4 April, menandakan kemunculan sulung satu-satunya penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Canada.

Mencatat jarak 12,818 kilometer, laluan tersebut merupakan yang paling jauh bagi Air Canada, dengan masa penerbangan sekitar 14 jam dan 40 minit.

Jumlah perjalanan antara Singapura dengan Canada tahun lalu menyaksikan peningkatan sihat, melepasi 85 peratus tahap sebelum pandemik melanda, menurut Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Kargo dan Hab Udara di Changi Airport Group (CAG), Encik Lim Ching Kiat.

Beliau menambah bahawa penerbangan tanpa henti itu memudahkan penumpang dari Vancouver yang ingin ke Singapura ataupun negara Asia Tenggara, lebih-lebih lagi sedang Lapangan Terbang Changi merupakan salah satu lapangan terbang antarabangsa paling terhubung di Asia Tenggara.

“Penumpang dari Singapura boleh juga mengambil kesempatan atas penerbangan tanpa henti baru ini untuk mengunjungi Canada serta bandar lain di Amerika Utara seperti Chicago dan Washington menerusi hab Vancouver Air Canada,” jelasnya.

Mengulas, Naib Presiden Eksekutif Perancangan Rangkaian dan Hasil Air Canada, Encik Mark Galardo, berkata penerbangan ke Singapura itu merupakan sebahagian daripada peluasan strategik Lapangan Terbang Vancouver, meletakkan lapangan terbang itu sebagai laluan ke Asia yang lebih digemari dari Amerika Utara.

Singapura pula, tambahnya, berfungsi sebagai gerbang kepada penumpang Asia Tenggara, India Selatan dan Australia Barat yang ingin ke Vancouver menerusi kerjasama Air Canada dan Singapore Airlines.

Laluan Singapore-Vancouver beroperasi empat kali seminggu – Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad – pada 9.10 pagi menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner.


Penerbangan pulang juga beroperasi empat kali seminggu – Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Mereka yang menaiki Air Canada akan ditawarkan tiga pilihan kelas kabin iaitu ‘signature’, ekonomi premium dan ekonomi.

Setiap penumpang akan dihiburkan dengan pilihan lebih 1,400 jam filem, lebih 1,900 jam rancangan televisyen, dan lebih 600 jam muzik dan podcast serta dapat mengakses hasil kerjasama perdana Air Canada bersama Apple TV+, Audible, Disney+ dan Hayu.

Bagi meraikan penerbangan langsung Singapura dengan Vancouver, Air Canada sedang menawarkan promosi bagi tiket yang ditempah selewat-lewatnya 12 April ini.

Orang ramai boleh mendapatkan penjimatan tambang penerbangan bagi perjalanan yang dilakukan sehingga 15 Mac 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >