Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Air kunyit, halia, rahsia nenek usia 102 tahun kekal sihat

Nov 29, 2023 | 05:30 AM



Pada usia 102 tahun, Cik Halipah Hasan masih mampu membaca Al-Quran dengan lancar dengan keadaan kesihatannya yang menakjubkan, bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Hanya kecacatan fizikal hasil jatuh beberapa tahun lalu yang menghalang pergerakannya.

Nek Halipah, asal dari Kampung Kuala Jempol, Bahau, berkongsi rahsia kecergasannya: air kunyit dan halia yang diminum dengan cara tertentu.

“Saya minum air kunyit dengan halia, bukan setiap hari, tapi pada selang tiga hari sekali, kemudian empat hari sekali,” ceritanya.

Beliau berkongsi, proses penyediaan air kunyit dan halia itu penting:

“Saya ambil kunyit dan halia, kikis kulitnya, basuh, kemudian tumbuk dalam lesung, dan akhirnya perah airnya untuk diminum.”

Rutin kesihatan Nek Halipah melibatkan amalan membaca ayat Kursi sebelum tidur pada waktu malam, dan beliau menjalani rutin tidur yang teratur serta makan dengan secukupnya.

Baginya, kebahagiaan datang daripada keprihatinan anaknya Cik Saedah Pendek, 67, dan cucunya Cik Norazizah Mat Ripin, 40 tahun, yang sentiasa menjaganya dengan penuh kasih, lapor Utusan Malaysia.


Menurut Cik Norazizah, mereka berdua tidak pernah berpisah.

Beliau sendiri memindahkan neneknya ke Gemas sekitar 15 tahun lalu setelah kematian suaminya akibat kemalangan.

Daripada empat orang anak Nek Halipah, hanya seorang yang masih hidup.

“Nenek juga dikurniakan dengan 19 cucu dan 18 cicit. Mereka sering melawat dan menghibur nenek dengan sesekali membacakan Al-Quran di depannya,” tambah CIk Norazizah dengan rasa bangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >