Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aishah enggan sertai peraduan realiti lagi, lelah dengan kritikan warganet

Dec 15, 2023 | 11:07 PM
TIDAK MAHU SEMANGAT RUNTUH: Datuk Aishah akui dirinya sensitif dan enggan melayan komen warganet yang meruntuhkan semangat.
TIDAK MAHU SEMANGAT RUNTUH: Datuk Aishah akui dirinya sensitif dan enggan melayan komen warganet yang meruntuhkan semangat. - Foto INSTAGRAM DATUK AISHAH

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Aishah Wan Ariffin, 57 tahun, tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah lelah menerima kritikan warganet yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Aishah yang bersaing dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang baru berakhir, mahu fokus kepada ibadah dan memenuhi undangan nyanyian.

“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadah, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa.

“Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu... Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan.

“Kebaikannya, kita dapat berhubung secara terus. Namun, keburukannya, ia memberi hak kepada manusia untuk kata apa saja hingga hilang adab dan sebagainya,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.

Aishah nekad menyekat warganet yang difikirkan tidak perlu dilayan dan meletakkan status privasi kepada akaun media sosial.

“Saya tidak akan terima sikap orang biadab. Saya juga tidak akan menormalkan perkara itu. Kehidupan saya sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa.

“Saya sedar kita lawan macam mana pun, ada sahaja yang tidak betul bagi ‘haters’. Jadi, tidak mengapa tiada jutaan pengikut,” katanya lagi.

Aishah yang giat menjayakan Kempen Lose to Win anjuran Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur berkata, sesiapa yang benar-benar mengenalinya tahu beliau cukup sensitif.

Justeru, Aishah tidak menghirau atau melayan perkara yang mampu meruntuhkan semangatnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg