Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Lantang bersuara bukan meroyan, ‘perengus’: Aishah

Oct 30, 2023 | 03:47 PM



KUALA LUMPUR: Hanya kerap ‘meroyan’ dalam media sosial, penyanyi legenda, Datuk Aishah, terus menjadi bahan kecaman netizen yang tidak menyenangi setiap perkongsian dimuat naiknya.


Tindakan penyanyi Janji Manismu itu yang terlalu kerap meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai perkara membabitkan program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) disertai menyebabkan ‘tentera bawang’ membanjiri ruang komen semata-mata untuk mencaci dirinya.


Aishah, yang nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, berkata beliau memang selalu lantang bersuara.

“Ramai orang salah dan menganggap saya lantang sebagai sombong atau ‘perengus’. Jujurnya, saya malas nak bising-bising pada usia begini.

“Namun, saya ada prinsip harus dipegang dan disebabkan itu, saya rasa tak boleh nak beri muka. Suka atau tidak, saya tetap akan meluahkan sesuatu.

“Walaupun sedar sikap mempertahankan pendirian boleh buat netizen serang semula, tapi saya tak kisah.

“Saya tidak takut menyuarakan pendapat. Hanya kerana semua orang melakukannya, tidak semestinya ia betul.

“Anda kena pertahankan diri jika merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara betul,” katanya kepada BH Online Malaysia.


Kata Aishah, beliau tidaklah terkesan sangat, ada masanya layan juga mereka yang memberikan komen kerana sudah anggap seperti anak-anak.

“Namun, ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat kepada orang yang lebih berusia.

“Memang malang kerana terpaksa berdepan dengan situasi seperti ini. Kalaulah boleh kembali ke zaman tiada media sosial, mesti hidup lebih tenang.

“Hantar sahaja surat seperti zaman dulu-dulu. Siap letak bedak,” katanya sambil ketawa.

Penyanyi itu berkata beliau tidak akan mengambil komen dilemparkan sebagai sesuatu yang serius.

“Saya sudah 38 tahun berada dalam industri, jadi saya tidak perlu buktikan apa-apa.

“Apa yang saya belajar, kalau dia haters (pembenci), dia tetap haters. Buatlah apapun, dia tetap benci.


“Jika mereka adalah peminat, maka mereka akan setia bersama anda. Tak mengapalah kalau saya ada 10 peminat sahaja, saya tetap akan menyanyi untuk pengikut saya itu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >