Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ajai enggan babit Nourul dalam konsert kerana tidak lagi serasi

Mar 08, 2024 | 01:07 PM



Penyanyi dan komposer, Ajai mempunyai alasan tersendiri tidak mengundang bekas isterinya, Nourul Depp, untuk menjayakan, Konsert By Ajai & Mega Friends, yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos.


Mengulas lanjut perkara itu, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 50 tahun, menjelaskan keputusan dibuat selepas mendapati keserasian beraksi bersama di atas pentas tidak lagi wujud.

“Mungkin Nourul bersikap profesional, tapi tidak bagi saya. Saya tak kisah jika ada yang anggap tindakan saya sebagai tak profesional.

“Biarlah warganet nak cakap apa kerana mereka tak rasa apa yang saya rasa. Nak menyanyi bersama kena ada ‘vibes’ dan saling berpandangan.


“Bagaimana nak cipta keserasian jika ia sudah lama tiada. Bagi saya, yang berlalu itu, biarlah berlalu. Saya harap semua orang boleh hormati pendirian saya,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Dalam pada itu, Ajai turut menafikan tindakan tersebut dibuat kerana masih menyimpan amarah terhadap penyanyi yang popular dengan lagu, Kerana Terluka, itu.


“Saya tak ada masalah peribadi dan tak kata tidak suka dengannya. Cuma saya tak boleh nak menipu kalau nak menyanyi bersama.

“Kalau menyanyi kena ada perasaan ikhlas, tapi kalau ia tak terpancar daripada hati, susah juga. Tapi siapa tahu, kami boleh kembali menyanyi bersama, suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media, Konsert By Ajai & Mega Friends, di sebuah hotel, di Mutiara Damansara.


Konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd itu menghimpunkan ramai artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Hafiz Suip dan Aufahanie, manakala Sharon Paul bertindak sebagai pengarah muzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >